View: 684|Reply: 1
|
2 Lelaki Gaduh Rosakkan Kenderaan Dalam Buruan Polis
[Copy link]
|
|
Polis sedang giat memburu dua lelaki yang terbabit dalam rakaman pergaduhan yang tular sejak kelmarin.
Kejadian difahamkan berlaku pada 4.40 petang berhampiran Restoran Gula Apong, di sini, sehingga membabitkan kerosakan kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya mengesan video tular berkenaan sejak semalam.
Katanya, rakaman 19 saat itu memaparkan pergaduhan antara dua lelaki yang merosakkan sebuah kenderaan.
" ihak IPD Kota Belud mengambil tindakan mengesan semua suspek yang terlibat bagi memberi keterangan dan membantu siasatan lanjut.
"Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Makin banyak pulak kes gaduh berkumpulan sejak dua menjak ni moga pihak berwajib segera memberkas mereka yang terlibat |
|
|
|
|
|
|
| |
|