View: 1075|Reply: 12
|
Graduan Pegang Jubah Di Jambatan Pulau Pinang Tumpang Motosikal Hadiri Konvokesyen
[Copy link]
|
|
Seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) lega apabila sempat menghadiri upacara konvokesyen yang diadakan selepas terperangkap dalam kesesakan luar biasa yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang pada Selasa.
Kevin Rayappan, 28, yang gambarnya tular di laman sosial dilihat sedang memegang jubah konvokesyen di atas jambatan sambil mencuba nasib menahan penunggang motosikal yang sedang menghala masuk ke pulau.
“Saya memang sudah panik sebab sudah jam 9 pagi, namun saya bersama ibu bapa masih tersekat dalam kesesakan luar biasa di Jambatan Pulau Pinang.
 Gambar Kevin yang cuba menahan motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang tular di laman sosial, pada Selasa.
“Saya nekad turun bersama jubah konvokesyen dan cuba nasib tahan penunggang motosikal yang sudi tumpangkan saya untuk ke upacara konvokesyen USM,” katanya ketika ditemui di sini, pada Selasa.
Kevin berkata, dia teruja dan bersyukur kerana ada insan yang sudi menumpangkan beliau sehingga ke USM, selain berjaya tiba dengan selamatnya untuk meraikan kejayaan bergraduasi dalam jurusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan bersama rakan-rakan.
Mengulas kembali detik cemas itu, Kevin berkata, beliau bersama ibu bapanya keluar dari kediaman mereka di Seberang Jaya pada jam 6.30 pagi, namun tidak menyangka kesesakan teruk ekoran kemalangan maut yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang.
“Mula-mula saya harapkan kesesakan tidak berpanjangan tetapi setelah melepasi jam 9 pagi kenderaan masih tidak bergerak, saya nekad turun dan mencari alternatif kerana impian saya cuma ingin naik ke pentas terima skrol hari ini,” katanya.
Bagaimanapun beliau amat terharu kerana masih ada insan yang baik hati sudi membantu.
“Saya tidak sempat berbual panjang dengan insan mulia tersebut yang sanggup tumpangkan saya kerana dalam keadaan tergesa-gesa, namun saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada beliau.
“Tanpa bantuan beliau, saya mungkin tak sempat merasa naik ke pentas pada hari ini,” ujar Kevin yang turut gembira kerana ibu bapanya iaitu Rayappan, 62, dan Mary, 48, yang meneruskan pemanduan juga sempat tiba di USM untuk menyaksikan beliau menerima ijazah.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Universiti dan Sekretariat Upacara Konvokesyen Ke-59 USM memahami kesulitan yang dialami para graduan yang berijazah pada sidang kelima hari ini dan menangguhkan upacara selama 30 minit.
Upacara konvokesyen yang sepatutnya bermula pada jam 10 pagi ditangguhkan sehingga ke 10.30 bagi memberi laluan kepada mereka yang terkesan dengan kesesakan akibat dari kemalangan itu.
Upacara pada sidang kelima itu dipengerusikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A Hassan.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
XPELAH...DH SELESAI PUN...NK KOMEN X SMPAI HATI PLAK.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 jangan jadi pekerja & warganegara yang racist ya dik. Semoga berjaya! |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah ada orang yang nak tolong hantarkan |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat malaysia mmg ringan menghulurkan bantuan. Anyway, congrats |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam iras fikri ibrahim pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kebanyakan rakyat Malaysia mmg baik2 dan saling menghulurkan bantuan....terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
abg moto mesti tolong punya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pada yg jd penyelamat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 25-5-2022 05:14 PM
Betulla bila pakai mask semua nampak helok
Sbb ada tgk gambar dia masa konvo tu biasher2 je hilang kemisterian dia |
|
|
|
|
|
|
|
Saman jelah. Nanti ramai2 tolong bayarkan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 25-5-2022 05:13 PM
Betulla bila pakai mask semua nampak helok
Sbb ada tgk gambar dia masa konvo tu biasher2 je hilang ...
Apa istilah netizen tu? "mask fishing"?
Baik lelaki mahupun perempuan, memang ramai yang bila pakai mask, nampak "berwajah". |
|
|
|
|
|
|
| |
|