CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2294|Reply: 31

Dedah Keadaan Sebenar, Ustaz Kazim Kata Bukan Marketing

[Copy link]
Post time 25-5-2022 01:01 PM | Show all posts |Read mode



Tampil sebagai tetamu jemputan dalam program MeleTOP malam semalam (Selasa), Datuk Ustaz Kazim Elias menegaskan dia tidak memerlukan sebarang gimik atau penipuan sebagai pelaris pada sesuatu produk membabitkan dirinya.



Setiap perkongsian berkaitan tahap kesihatannya adalah perkara benar dan bukannya sengaja direka untuk menagih simpati. Kata Ustaz Kazim, mereka yang sudah lama mengikutnya sudah pasti tahu dia sudah lama menderita penyakit akibat buatan orang.



  



"Saya sudah selesai menjalani penggambaran filem yang diangkat daripada kisah hidup saya berkenaan pelbagai dugaan serta masalah kesihatan yang saya alami sejak 1997 termasuklah penyakit kulit yang saya rahsiakan daripada umum.



"Tangan saya tidak ada apa-apa, cuma apabila tiba pada babak itu, make up artist solekkan pada tangan. CUma yang berlaku (masalah kulit) di tempat lain (sambil pegang paha). Takkan saya nak tunjuk tempat itu sedangkan ia aib untuk saya.



"Jadi, saya letakkan pada tangan. Kapsyen pun saya tak katakan keadaan tangan sebenar saya sekarang. Saya kata kepada sesiapa yang boleh tolong saya, rawatlah saya. Itu memang yang terjadi keadaan saya selama ini," katanya.








Walaupun keadaan kesihatannya sedikit sebanyak mengganggu aktiviti hariannya, Ustaz Kazim bagaimanapun enggan mengalah. Dia nekad meneruskan dakwah serta menguruskan sekolah tahfiz miliknya.



Menerusi wawancara itu juga, Ustaz Kazim mendedahkan selama ini dia harus memakai 'foundation' tebal bagi menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.



Ustaz Kazim turut menunjukkan bengkak pada cuping telinga kirinya adalah antara masalah kesihatan yang dialaminya sejak sekian lama.



"Saya dah pakai face mask bertahun sebab nak cover muka. Kadang-kadang saya pakai serban tutup muka, nampak mata je sebab tak larat nak solek. Lama-lama saya jadi malu nak jumpa orang.



"Di muka, hanya akan ada satu garisan dan darah keluar. Tiba-tiba je, saya tak usik tak garu, tak gatal. Sembilan doktor kata bukan ekzema. Katanya ini normal untuk orang tua sedangkan usia saya belum sampai 50 tahun lagi," katanya yang turut menjelaskan kesan pada bahagian kaki juga ada di paha dan perut.



  



Menceritakan lebih lanjut mengenai derita yang dihadapinya, Ustaz Kazim turut mendedahkan dia pernah berhadapan detik perit apabila tidak dapat kencing selama sebulan. Setiap kali membuang air kecil, Ustaz Kazim akan menggelupur kesakitan hingga menyebabkan doktor terpaksa menebuk perutnya untuk mengeluarkan air kencing tersebut.



"Bila buat pembedahan, doktor dapati ada satu benda putih sangkut di salur kencing saya. Doktor cadangkan untuk tarik keluar melalui saliran air kencing. Selepas dua hari, doktor maklumkan, ketika nak tarik, benda itu makin ke atas dan hilang. Allahualam," katanya. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 01:06 PM | Show all posts
ala kazimmmmmm


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X faham aku apa nilai filem ni yer,  apa kisah hidup Kazim penglipulara ni dlm ekosistem negara kita?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kl first time buat bolehla caya, tp uke ni mmg kaki cari perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
takde sape pun cakap marketing
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash untuk Kazim yang bukan main mencerca netizens kerana mencapub kes Tangmo tempoh hari. Sekarang dia sendiri mencapub tak henti sempena movie pasal dia nak keluar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 01:30 PM | Show all posts
macam nilah , mohon jumpa pakar perubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jelas la kakinya tu. Apa ai nampak macam kaki org diabetes aje. Kaki org diabetes ni kalau luka/kena apa2 lama2 akan hitam .paling sensitif kat kaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 01:42 PM | Show all posts
Tak Eczema...Psoriasis.

Ustaz kena jaga diet... dan immune sistem. Ambik probiotic..Pergi pakar dermatitis teros kalu teruk sgt doc kasi antobiotic/cream ada steroids apa yg patot. Jgn biar sampai melarat kena invest le sket stat!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:54 PM | Show all posts
stingerkaypoh replied at 25-5-2022 01:42 PM
Tak Eczema...Psoriasis.

Ustaz kena jaga diet... dan immune sistem. Ambik probiotic..Pergi pakar de ...

entah2 dia x percaya, lebih percaya pada habbatus sauda n madu mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2014 tu ke duke ada masalah jantung kena buat angiogram.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:00 PM | Show all posts
ada pergi jumpa doctor tak dia ni? doctor pakar
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:00 PM | Show all posts
Itu hari iolls komen kat FB, kena kecam dek penjilat setat ni. Tengok, yg menggerutu dekat tangan tu memang hasil efek mekap, even mekap artist yg mekap heolls utk filem Mawi tu yg spill tea. Sedangkan sakit setat takde pon macam tu. Setat boleh je letak foot note dekat gambar menggerutu tu cakap gambar sekadar hiasan atau utk illustrasi semata2. Lepas tu dah kenapa kau nak berlakon, time agamawan dulu2, takde nye hadap nak berlakon bagai. Setakat keluar tv untuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam dengan Mari Mengaji je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn umur duke ni dh 50 lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Meletop ni dh level mcm pasar tani..asal boleh..kisah pakcik tuwe ni pun ko bg interprame ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-5-2022 03:29 PM
Cash untuk Kazim yang bukan main mencerca netizens kerana mencapub kes Tangmo tempoh hari. Sekarang  ...

Beriyaaa betul mcm xde ank xde bini..

Org sakit xsempat nk blakon xsmpt nk bg ceramah..nk keje pon xdan..tp dia ni sume sempat haibatttt(hairan+hebat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerkaypoh replied at 25-5-2022 03:42 PM
Tak Eczema...Psoriasis.

Ustaz kena jaga diet... dan immune sistem. Ambik probiotic..Pergi pakar de ...

Buat gini ada la nnt amik buat rawatan estatik..xpon Kasi free check up .jimattttt duit

Yayasan nnt dpt lg 30% heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 25-5-2022 03:36 PM
Tak jelas la kakinya tu. Apa ai nampak macam kaki org diabetes aje. Kaki org diabetes ni kalau luka/ ...

Xteruk tp mekap retis buat punyalaaaa hebat illustration nmpk naw si UKE ni xblh pki
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 25-5-2022 01:09 PM
X faham aku apa nilai filem ni yer,  apa kisah hidup Kazim penglipulara ni dlm ekosistem negara kita ...

Hahaha..terus penglipurlara ye....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:13 PM | Show all posts
entah lah.. kdg2 benda2 mistik ni kita xcaya selagi tak kena kt diri sendiri.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049410 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list