CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 1

Dua Kanak-Kanak Cuba Selamatkan Saudara Jatuh Parit, Tiga-Tiga Mati Lemas

[Copy link]
Post time 25-5-2022 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Hasrat dua kanak-kanak warga asing menyelamatkan seorang lagi ahli keluarga mereka yang terjatuh ke dalam parit besar di Kampung Bunga Raya, Kepayan, di sini, berakhir tragedi apabila semua lemas.


Dalam kejadian 2.30 petang itu, tiga kanak-kanak perempuan berusia lima hingga 12 tahun itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, kedudukan lokasi kejadian agak terpencil dan jaraknya kira-kira 200 meter dari kawasan rumah di Kampung Bunga Raya.




Foto: Harian Metro




Katanya, keadaan lokasi kejadian juga membabitkan parit selebar lima meter dan kedalaman air kira-kira dua meter berikutan air sedang pasang.


"Ketiga-tiga mangsa mempunyai hubungan keluarga dan tinggal berjiran di rumah setinggan di kampung berkenaan.


"Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang bermain di tebing parit berkenaan sebelum seorang daripada mereka tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke dalam parit berkenaan.


"Dua daripada mangsa kemudiannya cuba menyelamatkan mangsa pertama, namun disebabkan tidak pandai berenang, ketiga-tiga mereka terus lemas di parit berkenaan ," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mohd Zaidi berkata, seorang remaja lelaki yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan melihat kejadian itu terus bertindak menarik semua mangsa keluar dari parit berkenaan.


Katanya, semua mangsa terus dibawa ke hospital menggunakan ambulans dan kenderaan persendirian untuk mendapatkan rawatan lanjut.


"Bagaimanapun, setiba di hospital ketiga-tiga mangsa disahkan sudah meninggal dunia.


"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..takziah kepada family..usaha murni tp akhir tragedi..semoga family kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list