View: 2318|Reply: 36
|
Penyokong Ustaz Abdul Somad Nak Serang Singapura Macam Tragedi 9/11
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Penyokong pendakwah Indonesia yang dilarang memasuki Singapura, mengancam untuk melancarkan serangan serupa seperti 9/11 ke atas republik tersebut.
Maklumat itu dikongsikan oleh Menteri Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam dalam satu sidang akhbar.
Shanmugam memberi contoh ancaman dimuat naik di laman Instagram yang antara lain menggelar Singapura sebagai `negara Islamofobia’ dan desakan mahu pemimpin republik itu memohon maaf kepada umat Islam dan rakyat Indonesia dalam tempoh 48 jam.
 Foto: Utusan
Pengguna akaun Instagram itu mengancam untuk mengusir Duta Besar Singapura ke Indonesia dan mengerahkan pasukan termasuk anggota kumpulan Barisan Pembela Islam (FPI) untuk menyerang republik itu seperti serangan 9/11 di New York pada 2001 sekiranya tuntutan mereka diabaikan.
Sejak itu, platform terbabit sudah memadam hantaran berkenaan dan menutup akaunnya kerana melanggar piawaian komuniti.
Ketika diminta mengulas sama ada rakyat Singapura perlu berasa bimbang, Shanmugam berkata, ancaman demikian tidak boleh dipandang ringan.
“Persamaan dilakukan dengan serangan 9/11, ia juga sedang dibuat dari aspek rakyat Singapura dipimpin oleh pemimpin bukan Islam dan republik itu patut diserang selain kepentingan warganya harus diserang.
“Jadi, saya tidak akan memandang ringan perkara tersebut,” katanya.
Pada 16 Mei lalu, Abdul Somad Batubara dan enam individu yang datang bersamanya, tiba di Terminal Feri Tanah Merah namun dilarang memasuki Singapura dan dihantar pulang ke Batam, Indonesia.
Kementerian Dalam Negeri Singapura menjelaskan larangan itu dikenakan terhadap Abdul Somad kerana didakwa menyebarkan ajaran ‘ektremis dan dasar pemisahan’ yang tidak diterima di republik ini.
Sementara itu, Shanmugam mendedahkan beberapa individu yang disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan pengikut Abdul Somad termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan pada Januari 2020.
Katanya, remaja itu menonton ceramah Abdul Somad mengenai pengeboman bunuh diri di YouTube dan mula percaya sekiranya dia berjuang untuk negara Islam dan menjadi pengebom bunuh diri, dia akan mati syahid. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
semak la indoq ni nak buat perang dengan spork lak..cukup la russia ngan ukraine tu ni nak tambah lak dengan korang lak..semak |
|
|
|
|
|
|
|
dasar sakai penjilat
taksub betul dengan walaun kuat menjerit tu |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah insiden pejabat kedutaan dibaling najis akan berulang? |
|
|
|
|
|
|
|
Puak dorang ni sembang je lebih, cam tin kosong.  |
|
|
|
|
|
|
|
Yang acah2 nak serang tu tak ingat ke berapa ramai warga Ndon merempat mencari sesuap nasi di Singaporn? Jokowi senyum sinis ja baca semua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Motip ko nk g bercuti ke Singapore? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah  |
|
|
|
|
|
|
|
Building apa paling tinggi di singapore? |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 25-5-2022 12:11 PM
Building apa paling tinggi di singapore?
Guoco tower |
|
|
|
|
|
|
|
Bergasakla indon dgn singapork...kalao tak indon ni asek memekak ke malaysia je. |
|
|
|
|
|
|
|
Indon ni Tesla dah nak masuk melabur pun tapi pangai caprut pprt mmg takleh tinggal kan |
|
|
|
|
|
|
|
Indon ni Tesla dah nak masuk melabur pun tapi pangai caprut pprt mmg takleh tinggal kan |
|
|
|
|
|
|
|
Diaorg sembah lebai ni ke apa..jgn lupa ugut buluh runcing for those Singaporean yg datang Indonesia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo... Mahu purposely memburukkan nama islam kah ini? Violence is never the answer. Bila non muslim tuduh ummah islam as terrorists tahu pula marah. Btw, siapa ustaz ini? Taraf ulama pewaris nabi kah mahu retaliate seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah bila ada isu pasti bising pung pang lepas tu krik krik krik semula |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah betul dgan puak2 extremist sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian la korang ni.
Ustaz tu senyum sinis je nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
maksud kamu ustaz ni dan penyokongnya bukan islam gitu?
sekadar menyamar untuk memburukkan islam?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|