CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 12

Anak 2 Tahun Main Telefon, Tahu-Tahu Je 31 Biji Burger Mcdonald Sampai Depan Pintu Rumah

[Copy link]
Post time 25-5-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Akibat tidak 'mengunci' telefon pintarnya, seorang ibu di Texas mendapat pengajaran selepas anaknya yang berusia dua tahun secara tidak sengaja memesan 31 burger keju McDonald's.


CNN melaporkan, Kelsey Golden, yang bekerja dalam pemasaran media untuk sebuah sekolah, sedang menyiapkan buku tahunan sekolah itu, menerusi komputer di rumah.


Dia sedang memindahkan foto dari telefonnya ke komputernya apabila anak lelakinya Barrett yang berusia dua tahun mengambil telefonnya, katanya kepada CNN.




Foto: Kelsey Golden




Golden menjelaskan bahawa anaknya menyukai ciri kamera pada telefonnya, namun tidak kali ini.


"Dia suka merenungnya, bukannya bermain permainan atau melakukan aktiviti lain di telefonnya.


"Dia mula menekan skrin, menghayunkannya seperti roller coaster," katanya.


Kemudian, Golden menerima pemberitahuan bahawa pesanan daripada DoorDash mengambil masa lebih lama daripada biasa.


Biasanya, dia memesan DoorDash untuk makan tengah hari dua anaknya, namun pada hari itu dia sudah menyiapkan bekal makanan mereka.


Bertambah keliru apabila seorang rakan sekerja memberitahu Golden bahawa anak-anaknya makan bekalan makan tengah hari di sekolah.


"Betul seperti dikatakannya, saya berada di luar bermain dengan Barrett di beranda dan sebuah kereta masuk jadi saya pergi ke sana, dan seorang wanita mengeluarkan beg McDonald's yang besar dengan 31 burger keju," katanya


Pada mulanya, Golden berkata, dia menyangka pemandu penghantaran berada di rumah yang salah.


"Kemudian saya sedar bahawa Barrett sedang bermain dengan telefon, saya kembali dan melihat telefon saya dan pesanan dibuat ketika dia sedang bermain dengan telefon saya. Dia benar-benar melakukannya," katanya.


Pesanan yang tidak disengajakan itu tidak sesuai kerana tiada seorang pun dalam keluarganya menyukai burger keju.


Dia kemudian berkongsi di halaman Facebook yang menawarkan burger keju percuma.


"Ia mendapat sambutan. Seorang wanita datang, dia hamil dan mahu enam burger," katanya yang memberikan beberapa burger keju kepada jiran.


Dia memberikan tip 25 peratus daripada jumlah AS$91.70 (kira-kira RM400) dan dijemput bertemu dengan kakitangan McDonald's, di mana anaknya dapat mengambil gambar maskot syarikat, dan menikmati beberapa ketul ayam.


Golden berharap pesanan secara kebetulan anaknya itu "membantu menceriakan hari orang lain".


"Saya harap ia memberikan sedikit jenaka dalam dunia gelap yang menyedihkan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 09:53 AM | Show all posts
wah,Barrett....

i mean yeah, nicelah, lesson learnt cuma , yg indah tu burgers tu yg 31 biji tu adalah rezeki Allah tau untuk org lain ....yg depa agihkan tu. Cantik pulak. bagus bagus. siap bagi tips lagi.

at least mak dia tak marah2 and pukul kan? lalu memanfaatkan rezeki tu pada org lain, wow what a daylah.
good , good.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:08 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-5-2022 01:53 AM
wah,Barrett....

i mean yeah, nicelah, lesson learnt cuma , yg indah tu burgers tu yg 31 biji tu ada ...

tu sebab maknya berduit.. cuba maknya jenis hidup paras-paras.. terpaksa pulak merayu crowdfunding untuk bayar harga 31 bijik burger tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:15 AM | Show all posts
comey plak aku tgok adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:11 PM | Show all posts
Pasni influenza tiru pastu klaim anak main henpon. Mudah bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:26 PM | Show all posts
Orderlah Spicy Chicken McDeluxe, sedap sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 02:49 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-5-2022 09:53 AM
wah,Barrett....

i mean yeah, nicelah, lesson learnt cuma , yg indah tu burgers tu yg 31 biji tu ada ...

betul lah.  lesson learnt sgt.  tapi sedih baca part last tu.  terbayang beratnya hidup barret saban hari.  apalah beban beliau agaknya... moga anak dia jadi orang baik2 bila besar.  


"Saya harap ia memberikan sedikit jenaka dalam dunia gelap yang menyedihkan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:54 PM | Show all posts
comel...its a good day and thanks to Barret!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 02:55 PM | Show all posts
Nasib maknya jenis berduit mampu walau kesalahan disebabkan oleh anaknya.  Buatnya yang tengah deman duit dah kering sendiri pun makan burger je sementara nak tunggu gaji masuk mau haru dibuatnya.  Lesson learn jangan lupa kunci phone kalau ada anak kecik dirumah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Barret amik yang murah je..patut ko borong satu kedai tu..tgk mak ko jd singa ke x.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:22 PM | Show all posts
baskin robin tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:29 PM | Show all posts
heheh comel dia.. dah besar mesti hensem..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 06:17 PM | Show all posts
Themilo replied at 25-5-2022 03:08 AM
tu sebab maknya berduit.. cuba maknya jenis hidup paras-paras.. terpaksa pulak merayu crowdfunding ...

kalau berlaku kat malaysia mesti mangsa ibu tunggalmembesar anak sengsorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.227690 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list