CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 3

Lelaki Muda Dirogol Gara-Gara Gagal Bayar Hutang

[Copy link]
Post time 25-5-2022 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki muda menjadi mangsa rogol seorang pengedar dadah kerana gagal melangsaikan hutang bernilai £500 (RM2,700).


Mangsa yang berusia 22 tahun diserang secara seksual di sebuah pulau di England yang dikawal oleh kumpulan pengganas, baru-baru ini.


Maklumat kejadian itu dikongsi ketika pembentangan Parlimen negara tersebut yang mana kumpulan dari Liverpool dan Merseysid dianggap sebagai ancaman kepada penduduk.




Dadah, Foto: Daily Star




"Ya, seorang budak lelaki berusia 22 tahun dirogol oleh seorang lelaki berusia 30 tahun kerana hutang," ujar Tanya August-Hanson yang juga ahli Majlis Perundangan.


Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun yang melakukan serangan itu tidak didakwa kerana mangsa enggan memberi kerjasama.


Dalam pada itu, seorang hakim turut membacakan sepucuk surat menyayat hati daripada ibu bapa yang dilanda kekacauan akibat jenayah dadah di kawasan mereka.


"Impaknya kepada ibu bapa adalah mengerikan. Kebimbangan tentang anak muda dan kesukaran dalam menangani situasi berkaitan boleh memecah belah pasangan.


“Ibu bapa sering mengeluarkan beribu-ribu wang daripada simpanan mereka sendiri untuk membayar hutang anak.


"Ini bukan masalah terpencil di kawasan 'miskin'. Ia adalah racun yang mengalir ke seluruh pulau," ujar hakim itu lagi. -CARI


Sumber: mStar/ Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 04:03 PM | Show all posts
budak tu xtau kot boss dia gay...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:37 PM | Show all posts
camane ke gaya lelaki yg kena rogol ni muskil aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:53 PM | Show all posts
Sebab tu orang nasihatkan dengan terjebak sekali terjebak kemungkinan akan terlibat dalam jenayah yang lain amat besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038630 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list