View: 615|Reply: 2
|
Lelaki Serupa Kim Jong-Un Nyanyi Lagu Dangdut?
[Copy link]
|
|
Sebuah video tular menunjukkan lelaki mirip pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyanyikan lagu dangdut dalam satu majlis perkahwinan.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat berpenampilan hampir serupa dengan Jong-un iaitu jaket dan seluar berwarna hitam, selain gaya rambut sama.
Video itu dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mustika.
 Kredit foto: TribunNews
Menurutnya, video tersebut dirakam ketika majlis perkahwinan jirannya pada 8 Mei lalu di Kota Lubuklinggau, Sumatera Selatan.
Pada awalnya, dia tidak perasan lelaki itu mirip dengan pemimpin Korea Utara sehinggalah diberitahu adiknya.
“Selepas makan, saya diberitahu adik bahawa lelaki yang menyanyi lagu dangdut di atas pentas itu kelihatan serupa dengan Jong-un.
“Disebabkan itu, saya segera merakam video persembahannya dan berkongsi dalam TikTok.
“Kebanyakan pengguna media sosial mengakui wajah lelaki itu mirip Jong-un dan video saya mula tular,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.
Jelas Mustika, video tersebut sudah ditonton lebih 3.8 juta pengguna TikTok dan mendapat tanda Like kira-kira 551,000, selain memperoleh 30,200 komen.
Dalam pada itu, lelaki tersebut dikenali sebagai Wakacung Tanaraya dan memaklumkan ramai yang menyamakan dia dengan Jong-un.
“Saya sering dipanggil Jong-un oleh rakan-rakan dan sejak itu, saya mula meniru gaya pemimpin tersebut sehingga gaya rambutnya,” ujarnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau kat Korea Utara mesti dah lenyap tanpa berita. |
|
|
|
|
|
|
|
setting body double ok ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|