CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

Populasi Burung Terjejas Dek Gelombang Haba Melampau

[Copy link]
Post time 24-5-2022 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung menyaksikan di kebanyakan tempat burung ‘jatuh’ ke tanah akibat 'keletihan dan strok haba.'


Sejak awal musim panas melanda pada Mac, beberapa kawasan di India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh.




Kredit foto: Mint




Jabatan Meteorologi India (IMD) baru-baru ini memaklumkan, suhu yang dicatatkan pada Mac itu adalah paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun.


Petugas kanan di hospital haiwan Jivdaya Charitable Trust di Gujarat, Sanjay Patel memberitahu Agensi Anadolu berlaku peningkatan mendadak untuk menyelamatkan burung.


Jumlah itu meningkat kepada 90-100 ekor setiap hari berbanding 25-30 ekor sebelum ini.


Suhu di kebanyakan kawasan kekal melebihi 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit).


Keadaan sama turut berlaku di negeri lain termasuk Rajasthan dan New Delhi.


Petugas Animal Aid Unlimited di bandar Udaipur, Rajasthan Raj Kishore berkata burung menghadapi banyak kesukaran, termasuk dehidrasi, menyebabkan banyak burung mati termasuk anak burung.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list