CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 1

'Dikuasai' 400 tarantula

[Copy link]
Post time 24-5-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode
London: Pada mulanya dia menyimpan tarantula untuk melawan ketakutannya terhadap labah-labah.

Namun, hobi itu menyebabkan kawan-kawan mula menjauhinya.

Bethany Staples, 28, mempunyai 400 tarantula yang jelas menakutkan rakannya untuk ke rumahnya di Wiltshire, lapor Daily Star.

"Kebanyakan mereka (kawan-kawan) tidak akan masuk. Haiwan itu sudah mengambil alih seluruh bilik," katanya.

Bethany mempunyai 150 tarantula dewasa dan 250 anak tarantula di dalam bilik di rumahnya, termasuk spesies berbisa seperti kulit hitam Thailand dan tarantula rambut mawar.


Dia kini membiak makhluk berkaki lapan itu berkata, hobinya bukan sahaja menghilangkan ketakutannya tetapi juga memberikannya 'masa rehat' daripada kerjanya.

"Mereka seperti Pokemon, saya mahu menangkap mereka semua. Ia hobi yang agak ketagih, kerana banyak jenis berbeza," katanya.

Bethany mula memelihara labah-labah dua tahun lalu dan mula membiaknya tahun lalu.

"Apabila saya berpindah ke rumah untuk kali pertama, saya mahukan haiwan peliharaan yang rendah penyelenggaraan.

"Saya tidak fikir ia akan menjadi labah-labah, kerana saya takut dengannya. Saya tidak menyukainya, saya tidak akan menjaganya walaupun seekor.

"Seminggu sebelum saya mendapat tarantula pertama, terdapat labah-labah di bilik mandi dan saya meminta bantuan rakan untuk mengeluarkannya," katanya.

Bagaimanapun, ketakutan Bethany tidak lama apabila ia bertukar menjadi minat dan dia berkongsi bahawa terdapat 100,000 jenis tarantula yang berbeza.

"Ada yang mempunyai racun lebih kuat daripada yang lain, tetapi tiada tarantula yang mempunyai racun yang cukup kuat untuk membunuh manusia," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 04:38 PM | Show all posts
last2 mati kena kokak dgn trantula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062706 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list