CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1576|Reply: 6

Miranda Kerr bantu langsaikan hutang 285 pelajar

[Copy link]
Post time 23-5-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode

MIRANDA KERR

Miranda Kerr bantu langsaikan hutang 285 pelajar

PELAKON dan juga model antarabangsa Miranda Kerr bermurah hati membantu 285 mahasiswa dari Otis College of Art and Design di Los Angeles melangsaikan hutang pinjaman pendidikan mereka.

Niat murni Kerr bersama suaminya yang juga merupakan seorang bilionair, Evan Spiegel disampaikan sendiri presiden kolej tersebut, Charles Hirschhorn dalam satu upacara konvokesyen pada 15 Mei lalu.

Dalam ucapan tersebut, Hirschhorn memaklumkan Kerr dan suaminya menyumbangkan sejumlah dana melalui tabung Dana Keluarga Spiegel untuk melangsaikan hutang pinjaman pendidikan mahasiswa kepada pelajar lulusan tahun 2022.

“Kami dengan senang hati mengumumkan bahawa Kerr dan Spiegel melalui Dana Keluarga Spiegel memberikan ‘hadiah’ terbesar dalam sejarah Otis College.

“Anda semua tidak perlu membayar pinjaman dana pendidikan kerana semuanya telah dibayar oleh mereka,” katanya.

Difahamkan juga, jumlah dana yang disumbangkan kepada kolej itu turut digunakan untuk membayar baki pinjaman pendidikan yang masih tertunggak oleh pelajar terdahulu.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... hutang-285-pelajar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang satu beban dunia, tak payah pikir bayar study loan pasni Kira kaya gilos laki Miranda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus miranda kerr ni tak mcm amber turd.
Pledge dengan donate tu jauh beza ya amber.
HAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la kawen ngan org kaya. bekas laki dia orlando bloom tu dah mcm bewak hidup je aku tgk. nampak katy je from one job to another
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 03:40 PM | Show all posts
kalau Tuhan beri aku kesempatan jadi bilioner

pasti aku pun akan sentiasa menderma pada yang memerlukan

kiaranya Miranda Kerr ni pakej lengkap
kaya, cantik dan baik hati...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:49 PM | Show all posts
Edited by Gardnerer at 8-9-2022 12:53 PM

Adalah baik untuk berkahwin dengan orang kaya sahaja. Bekas teman lelakinya, Orlando Bloom, sudah pun hidup, saya lihat. kelihatan seperti katy hanya pergi dari satu kerja ke kerja yang lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
fazamania replied at 23-5-2022 08:16 PM
Bagus miranda kerr ni tak mcm amber turd.
Pledge dengan donate tu jauh beza ya amber.
HAHAHA

Laki sheols billionaire kan.. mana tak kaya. Rasanya bagi donation ni pun nak elak tax
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.097270 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list