View: 1012|Reply: 2
|
Ada Yang Nak Cari Fasal- "Harap Sangat Tak Terserempak, Benci Nad Zainal"
[Copy link]
|
|
Nad Zainal terhibur dengan kiriman reaksi seorang penonton tegar drama hit Dendam Seorang Isteri.
Perkongsian yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, Nad mendedahkan watak yang dibawanya sebagai Kirana menyemat sumbu kebencian bukan sahaja pada watak tetapi dirinya juga.
Foto: IG
“Amboi… marah betul awak. Dibenci itu indah. Hanya lakonan. Terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, penonton tegar drama itu mengakui “berbulu” dengan watak berkenaan.
“Sudahlah Kirana… tak pernah-pernah saya tengok drama Melayu benci sampai ke realiti. Biasa dengar artis bercerita sahaja bila ada orang benci. Sekarang terjadi dekat saya.
“Ini kalau jumpa depan-depan memang saya jadi macam Mak Leha (lakonan Liza Abdullah) macam dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu.
“Maaf, kalau saya terserempak dengan awak tiba-tiba, ada orang bagi jelingan maut dan cari fasal. Harap sangat tak terserempak benci! Tak habis lagi ini, sabar jap,” kata penonton drama itu.
Sebagai informasi, drama lakonan Nad Zainal diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan Uchee Fukada, terbitan Radius One Sdn. Bhd. Antara barisan pelakon utama lain terdiri daripada Fasha Sandha, Aidit Noh dan Wan Raja. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak suka betul kalau tgk dia, berlakon pakai dress /skirt pendek scene tgh berjalan.. Bersepah gila nampak bila berjalan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni muka kerek,. Klu x blakon watak jahat pun rasa x suka tgk apatah lg blakon watak jahat mmg nyampah gila |
|
|
|
|
|
|
| |
|