CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 1

[Kedah] Pendaratan ikan di utara Semenanjung Malaysia berkurangan 70 peratus

[Copy link]
Post time 22-5-2022 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Pendaratan ikan terutama di utara Semenanjung Malaysia berkurangan hingga 70 peratus iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari berkata kekurangan bekalan ikan itu menyebabkan harga ikan di pasaran turut meningkat.

"Kekurangan bekalan ikan terutama di utara Semenanjung Malaysia amat ketara berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Tangkapan nelayan pantai sangat berkurangan termasuk tangkapan nelayan kategori bot C.

"Kita dapati cuaca sekarang tak menentu, kadang-kadang air pasang berlaku tidak diduga dan begitu tinggi sehingga ada nelayan pantai hanya mendapat tangkapan lima hingga 10 kilogram ikan sahaja berbanding kelaziman 300 kilogram, ia sekali gus tidak berbaloi malah menyebabkan mereka rugi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kedah di Pelabuhan LKIM Kuala Kedah di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Azman Nasruddin

dan Pengarah LKIM Kedah, Dr Abd Salim Tajudin.

Abdul Hamid berkata, keadaan itu menyebabkan ramai nelayan mengeluh susulan pendapatan mereka merosot.

Katanya, sehubungan itu harga ikan seperti ikan kembung bersaiz kecil kini dijual dengan harga RM12 hingga RM14 sekilogram berbanding antara RM3 hingga RM4 sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Abd Salim berkata faktor kekurangan awak-awak warga asing akibat pendamik Covid-19 turut menyebabkan tangkapan ikan bot besar berkurangan.

"Kita sarankan pengguna beli ikan sejuk beku di pasaran sementara menunggu bekalan ikan segar pulih tidak lama lagi.

"Harga sekarang naik disebabkan bekalan kurang tapi permintaan tinggi, apabila bekalan ikan segar pulih, harga akan kembali normal seperti biasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kurangan-70-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 08:34 AM | Show all posts
Semoga kita semua sabar dalam menempuhi setiap dugaan Dalam kehidupan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.132782 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list