CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1623|Reply: 1

Pelukan hanya kurangkan tekanan wanita, tidak beri kesan pada lelaki

[Copy link]
Post time 20-5-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Tindakan memeluk pasangan menghasilkan hormon cinta dalam badan wanita yang menyebabkan tekanan berkurangan tetapi ia tidak berlaku kepada lelaki. - Google

Pelukan hanya kurangkan tekanan wanita, tidak beri kesan pada lelaki

BERLIN – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa perbuatan memeluk pasangan hanya mampu mengurangkan tekanan perasaan dalam kalangan wanita dan tidak memberi sebarang kesan ke atas lelaki, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Ia kerana pelukan boleh mencetuskan tindak balas semula jadi badan terhadap situasi yang membebankan.

Walau bagaimanapun, hanya wanita yang kelihatan mampu meraih faedah daripada perbuatan memeluk.

Penyelidik Jerman berkata, keadaan itu mungkin disebabkan wanita mendapati bahawa pelukan adalah lebih menenangkan berbanding lelaki.

Mereka juga menghasilkan lebih banyak hormon oksitosin sebagai tindak balas.

Hormon cinta, seperti yang diketahui, mengganggu pengeluaran kortisol dan membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dalam badan.

Selain itu, kajian tersebut mendapati tiada hubung kait antara pelukan dan tahap tekanan dalam kalangan lelaki.

Para penyelidik mencadangkan ini mungkin disebabkan lelaki menghasilkan kurang hormon cinta oksitosin selepas pelukan dan tidak membuatkan mereka berasa lega selepas dipeluk pasangan. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -kesan-pada-lelaki/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 05:44 AM | Show all posts
Hhhmmmm....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.578607 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list