View: 2185|Reply: 21
|
[Politik]
“Mahathir a/l Iskandar Kutty”, Tun M mahu saman Zahid
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengancam untuk menyaman Ahmad Zahid Hamidi susulan kenyataan presiden Umno itu pada 2017 yang mempersoalkan asal-usulnya.
“Sebelum ini, saya tidak gemar menggunakan mahkamah, walaupun ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar di dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.
“Tetapi kali ini saya berasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu saja. Ia bukan saja merosakkan reputasi saya, tetapi penipuannya kepada penyokong Umno dan orang Melayu lain untuk dia kekal berkuasa amat berbahaya,” katanya menerusi blog serambichedet.com.
Pada Julai 2017, Zahid berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawa nama asal Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Walaupun Zahid tidak menamakan Mahathir secara khusus, beliau ada menyebut “bekas perdana menteri serta 22 tahun beliau berkuasa”.
Beliau turut mendakwa Mahathir mempergunakan orang Melayu dan Umno selama ini atas nama memperjuangkan agenda Melayu.
Mahathir kemudian mengakui keturunan Indianya, tetapi berkata: “Saya orang Melayu dan saya bangga dengannya.”
“Saya seorang Melayu bukan hanya di atas kertas. Saya juga orang Melayu dalam sentimen dan semangat,” katanya.
Kini Mahathir mencabar Zahid mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa nama asalnya ialah Mahathir a/l Iskandar Kutty.
“Saya cabar Zahid untuk tunjuk bukti tentang identiti saya yang pertikai diri status bangsa saya sebagai orang Melayu.
“Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah.
“Mengikut takrifan (Perkara 160) Perlembagaan, saya orang Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya.”
Beliau berkata, ibu bapanya dilahirkan di Tanah Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan dan mereka beragama Islam.
“Sejak kecil, pertuturan keluarga saya di rumah adalah bahasa Melayu serta adat yang kami amal adalah adat Melayu,” katanya.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyifatkan Zahid sebagai “pembohong tegar” dan saman yang difailkan bertujuan untuk menutup penipuannya.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/17/dr-m-ugut-saman-zahid-atas-gelaran-kutty/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
depa kata mamak memang suka melayu mudah lupa... |
|
|
|
|
|
|
|
bpe lama amik masa nk saman
tetiba teringat kot |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya wak jahit takde masalah mengaku dia jawa kalau tak boleh gak nak saman acik2 porummer cari yang panggil beliau pornorogo
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap mengata org.wak jahid ponorogo ni tak sedar diri ke dia tu bukanya melayu sgt pun, jawa totok asal indon jgk |
|
|
|
|
|
|
|
hang duk kutuk org lain xpe...dasar kutty...dia ni kalau campak dekat myanmar mau kena bedil dgn junta |
|
|
|
|
|
|
|
Alah, ko cakap je kat si zahid jowo totok tu suruh balik ponogoro diam la dia tu..acah2 mcm asli tanah melayu padahal mak ayah dia dtg malaya naik tongkang |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir a/l Iskandar Kutty
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kutuk dgan fitnah 2 benda berbeza dekkkk.... dah wak jahid saman dia kata dia fitnah, atok saman la dia balik... pernah ke atok ni kutuk org dan akhirnya kutukan atok tu salah ?? somehow kutukan atok paling WIN adalah calling someone stupid boy... mmg proven pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 18-5-2022 06:14 PM
benar pak..kita semua...pon mulayu-rohana,friska,trisna |
|
|
|
|
|
|
|
Najibun x nk saman juga ke??
Sultan Selangor menyatakan 'murka dan kecewa' dan mempertimbangkan mengajukan dakwaan penghasutan terhadap Mahathir Mohamad yang menyebut Perdana Menteri Najib Razak keturunan 'bajak laut Bugis'.
Dalam rekaman video yang beredar luas di media sosial, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad menyebutkan PM Najib sebagai keturunan 'bajak laut' pada satu acara tanggal 14 Oktober lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kunta kinte tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
namr replied at 18-5-2022 03:40 PM
Alah, ko cakap je kat si zahid jowo totok tu suruh balik ponogoro diam la dia tu..acah2 mcm asli tan ...
Laaa ponorogo tu Nama kg dia ke |
|
|
|
|
|
|
|
kaklong anak zahid xde komen pape ke |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 19-5-2022 08:41 AM
Laaa ponorogo tu Nama kg dia ke
Cam nama daerah rasanya..sis tanya encik gugel lah |
|
|
|
|
|
|
|
Sama jer ler ngkomer 2x5 jer. Dasar Badarawuhi! Elok komer disemunyikkan dalam tapak tilas dawuh jer. Enyahhh LOhh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|