View: 4413|Reply: 59
|
[Tempatan]
70 peratus pesakit buah pinggang ambil supplemen
[Copy link]
|
|
MENJADI lumrah setiap manusia mahu kelihatan cantik dan tampan di mata orang lain.
Maka tidak hairanlah, ada antaranya obses dengan suplemen dan multivitamin yang dihasilkan pengeluar produk kecantikan dan kesihatan.
Mutakhir ini juga, didapati banyak pengeluaran produk-produk sebegitu tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan ia sesuatu yang membimbangkan jika formulasi penghasilannya dilakukan tanpa kajian menyeluruh dan boleh memberi kesan kepada kesihatan pengguna.
Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah menjelaskan, punca utama kegagalan buah pinggang disebabkan penyakit diabetes.
Katanya, berdasarkan kajian, lebih 70 peratus pesakit buah pinggang mengambil suplemen atau multivitamin sebelum didiagnosis berdepan dengan masalah tersebut.
“Oleh itu, risiko pengambilan produk suplemen ini sangat tinggi. Kita sendiri tidak tahu bahan apa yang digunakan dalam menghasilkannya.
“Sebagai contoh, produk ada merkuri boleh merosakkan buah pinggang. Malah saya sendiri pernah dimarahi pemilik kilang yang menghasilkan produk sebegini apabila bersuara,” ujarnya.
Rafidah menjelaskan, pengguna jangan terlalu percaya dengan ‘overclaim’ akan keberkesanan sesuatu produk kerana itu hanya strategi pemasaran semata-mata.
Tegasnya, bagi mereka yang benar-benar memerlukan produk-produk sebegitu dinasihatkan agar membuat pemeriksaan kesihatan serta meminta nasihat pakar tentang keperluan untuk mengambilnya.
“Jika kita salah ambil produk, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan. Sebenarnya pesakit boleh mengambil tindakan mahkamah jika mereka mendapat masalah berpunca daripada pengambilan produk seumpama ini,” jelasnya.
Sementara itu, Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran berkata, tidak dinafikan saranan pengambilan multivitamin bagi mengurangkan risiko penyakit termasuk jantung banyak diiklankan di media sosial.
“Jika anda bertanya kepada doktor sama ada perlu atau tidak mengambil multivitamin, jawapannya ia bergantung kepada kesihatan dan penyakit anda.
“Tidak semua orang perlukan vitamin tambahan kerana ia boleh diperoleh daripada diet pemakanan harian yang cukup untuk memberikan nutrisi terbaik pada badan kita,” jelasnya.
Iskandar Mirza menjelaskan, kajian ke atas 450,000 orang mendapati multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau kanser.
“Dalam kajian membabitkan 1,708 pesakit jantung yang diberi multivitamin dengan dos tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya selama 55 bulan menunjukkan tiada perbezaan risiko untuk mendapat serangan jantung berulang,” katanya.
Tambahnya, pengkaji di seluruh dunia juga membuat kesimpulan, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat serangan jantung, kanser dan kemerosotan kognitif atau kematian.
https://www.kosmo.com.my/2022/05/18/70-peratus-pesakit-buah-pinggang-ambil-supplemen/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah stop makan supplement walaupun supplement dari klinik Dr.Ko pakar kulit tu...baikla aku mkn buah buahan dan minum air masak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab nak instant result, tu pakat telan supplement. Buka medsos tengok semua orang putih macam kain kapan, mana tak terpengaruh. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pergi makan dos tinggi dari yang disarankan siapa suruh. Lebih dapatkan nasihat doktor sebelum nak ambil apa2 suppliment. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa..makjun, jamu dan sebagainya juga supplement...termasuk pamoga |
|
|
|
|
|
|
|
mcm shaklee cmno tu ye? rege boleh tahan ooii |
|
|
|
|
|
|
|
Aah sama mcm herbalife tu..yg minum protein shake |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu I makan kinohimitsu collagen..kulit rasa camtu je tapi lutut kurang sgt sakitnya..risau la pulak kalau dpt sakit buah pinggang sebab makan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Risau pulak. Aku makan vitamin c, vitamin d, kalsium, magnesium, zat besi, fish oil, glutathione |
|
|
|
|
|
|
|
Gomea replied at 19-5-2022 09:49 AM
Risau pulak. Aku makan vitamin c, vitamin d, kalsium, magnesium, zat besi, fish oil, glutathione
Byknya. Org kata elok mkn makanan ori. Cth vit c dr buah.zat besi dr sayur..protein dr ikan |
|
|
|
|
|
|
|
masa pkp gigih makan multivitamin dan segala vitamin
kesudahannya last year buat blood test
buah pinggang dah masuk kategori 2
so pastu aku dah stop makan
hanya sekala sekali |
|
|
|
|
|
|
|
makan buah dan sayur je lahh... |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 19-5-2022 11:50 AM
masa pkp gigih makan multivitamin dan segala vitamin
kesudahannya last year buat blood test
buah pin ...
Jgn mkn tiap2 hari..mkn 3x seminggu je and tgk juga food intake..klu food intake dah ckp segala mala vitamin x perlu mkn supplement |
|
|
|
|
|
|
|
jauhi produk sampah2 neh
simpan duit beli buah segar .. lagi best |
|
|
|
|
|
|
|
multi vitamin pun x bagus? |
|
|
|
|
|
|
|
epal_putih replied at 19-5-2022 12:10 PM
jauhi produk sampah2 neh
simpan duit beli buah segar .. lagi best
Ko ingat buah sekarang ada nutrition ke? Baja pun penuh chemical…
Kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
Vitamin hanya perlu kalau body kita defisit teruk. Dulu kat oversea doc suruh aku ambik vitamin D sehari 500mg selama few months sebab tak kena matahari, aku selalu sakit. Then bila dah adapt dgn cuaca dorang doc suruh stop sebab vit D dah elok. Yg baik ambik dari makanan sebenar. Buat apa ambik supplement kalau badan masih sihat. Jaga kidney weiii |
|
|
|
|
|
|
|
Multivitamin ni org yg consume berumur kalau dah cecah late 30s bukan sbb kecantikan dah. Lebih kpd kesihatan utk tenaga dan sakit2 sendi. |
|
|
|
|
|
|
|
iols ambik calcium + vitD dan fish oil..untuk tulang dan saraf2 ni maklum la dah berusia tapi bukan setiap hari..rasa teringat aku telan la sebelum tido..kalau xingat seminggu sekali je |
|
|
|
|
|
|
| |
|