Sumber Gempak
Pelakon Datin Paduka Eina Azman dihujani pujian apabila tanpa rasa kekok menikmati juadah laksa dan durian di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Mungkin ada segelintir yang berpendapat bahawa aktres yang kini berstatus VVIP serta sering tampil bergaya itu hanya menikmati hidangan yang disediakan di restoran terkemuka sahaja.
Pun begitu, menurut Gempak, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman itu membuat satu sesi 'live' menerusi aplikasi TikTok ketika berada di lokasi berkenaan.
Malahan, selebriti yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram itu juga mempromosikan gerai berkenaan.
"Laksa dia sedap guys. Saya dekat sini tolong la sikit promo akak ni. Laksa Kampung Baru sedap makanan dia, very nice.
"Ini bukan dia bayar untuk paid review ya," katanya.
Peminat yang sempat menyertai sesi 'live' berkenaan rata-rata memuji sifat rendah diri yang tersemat kuat dalam diri pelakon tersebut. Malahan, Eina juga tidak teragak-agak untuk membantu mempromosikan perniagaan berkenaan.
Imbas semula, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.
Mereka dikurniakan sepasang kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016. - CARI
|