CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 1

[Kedah] Mengidam nasi ayam Seksyen 7

[Copy link]
Post time 16-5-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode

HAZWANI Ghazali gembira kerana akhirnya dapat menikmati nasi ayam kegemarannya. FOTO Ihsan Wan Mohd Nabil Wan Othman

Alor Setar: Bagi memenuhi permintaan isteri yang hamil, Wan Mohd Nabil Wan Othman sanggup memandu sejauh 440 kilometer (km) dari rumahnya di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena, di sini bagi membawa suri hatinya itu makan nasi ayam di sebuah kedai dekat Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Kisah itu tular di laman sosial selepas Wan Mohd Nabil, 35, memuat naik video isterinya, Hazwani Ghazali, 35, berselera menikmati nasi ayam di TikTok, kelmarin.

Bercerita lanjut, Wan Mohd Nabil yang menjalankan perniagaan logistik berkata, sudah beberapa kali isterinya menyatakan keinginan untuk makan nasi ayam berkenaan.

"Saya juga ada beberapa kali ke Kuala Lumpur kerana tugasan namun tidak sempat beli dan membawa pulang untuk isteri.

"Mengenangkan keadaannya yang kini hamil empat bulan saya nekad tunaikan apa yang diidamkan dengan membawanya makan nasi ayam di kedai itu Jumaat lalu.

"Kami bertolak dari rumah bersama dua anak pada 8.30 pagi dan tiba di Shah Alam jam 3.30 petang. Mujurlah kedai itu masih dibuka walaupun 'roller shutternya' buka separuh ketika kami sampai," ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Wan Mohd Nabil, nasi ayam itu adalah makanan kegemaran isterinya sejak mereka sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini menyebabkannya dan isteri tiada peluang ke ibu kota sekali gus singgah di kedai nasi ayam berkenaan.

"Risau juga jika kedai itu sudah tutup namun masih dibuka jadi rezeki isteri dan anak dalam kandungannya.

"Selain makan di kedai, isteri juga membungkus nasi berkenaan untuk dibawa pulang.

"Bagaimanapun, kami tidak pulang ke rumah hari yang sama sebaliknya menginap di sebuah tempat penginapan dekat Setia Alam dan sempat membawa anak berjalan di sekitar ibu kota sebelum bertolak balik jam 2.30 petang semalam," katanya.

Wan Mohd Nabil berkata, dia merakam video isterinya ketika makan sekadar untuk suka-suka berkongsi momen berkenaan di TikTok.

"Tak sangka pula video itu akan tular. Alhamdulillah, ramai beri kata positif dan doakan lebih-lebih lagi apabila tahu isteri saya mengandung," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nasi-ayam-seksyen-7

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 01:22 AM | Show all posts
ye ke pasal ngidam nasi ayam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064820 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list