CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Kedah] Cikgu Zul tak patah semangat selepas diserang strok

[Copy link]
Post time 16-5-2022 12:33 PM | Show all posts |Read mode

Dua pelajar tahun enam, Mohammad Ammar Rusli (kiri) dan Muhammad kamil Muhammad Sodbir mendapatkan nasihat Mohd Zukhairul mengenai latihan subjek Sains.

KUBANG PASU - Lumpuh sebahagian badan akibat diserang strok 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat seorang guru sains di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SKBBS) berbakti kepada anak bangsanya.

Mohd Zukhairul Yahya, 42, berkata, sebagai guru, nalurinya untuk terus mendidik tetap subur walaupun pergerakannya agak terbatas.

“Tipu la kalau saya tak rasa sedih, sebab asalnya normal tapi saya bangkit dan katakan pada diri kalau orang lain boleh, saya mesti boleh,” katanya.

Beliau yang mesra disapa Cikgu Zul berkata, sokongan moral daripada ahli keluarga, rakan-rakan guru dan pelajar menyebabkan hari-hari yang dilalui tidak terasa asing dalam kalangan warga sekolah terbabit.

“Rakan-rakan di sekolah selalu beri semangat dan panduan kepada saya untuk terus jalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.

“Pelajar pun sangat memahami, kadang-kadang susah juga hendak bekerja dengan sebelah tangan tetapi kalau mereka nampak saya bawa buku atau buat eksperimen mereka akan cepat-cepat tolong,” katanya.


Mohd Zukhairul berlatih bersama anak-anak muridnya ketika waktu rehat pada majlis sambutan hari raya SKBBS.

Menurut Mohd Zukhairul, sebagai guru sains pentadbiran sekolah mengambil keputusan menempatkan beliau di sebuah makmal di tingkat bawah.

“Alhamdulillah, ia sangat membantu saya dalam proses pengajaran, jadi setiap kali kelas, pelajar akan turun ke makmal saya,” katanya.


Mohd Zukhairul yang juga seorang guru catur sekolah kini sedang melatih 10 pelajar yang bakal mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, sempena sambutan Hari Guru, beliau berharap semua pendidik terus bersemangat dan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya tahan yang tinggi di sekolah.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... epas-diserang-strok
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.322768 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list