CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2383|Reply: 22

3 mak boyot bersanding serentak!

[Copy link]
Post time 15-5-2022 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-5-2022 10:05 PM

Seremban: Majlis persandingan tiga beradik termasuk dua daripadanya kembar tidak seiras yang berlangsung serentak di sini, hari ini membawa kelainan tersendiri apabila semua pengantin perempuan hamil beberapa bulan.

Intan Sofienaz Ahmad Fuad, 32, hamil dua bulan, manakala dua adik iparnya, Anis Shahira Azmi, 32, dan Ismawita Isrul, 28, masing-masing hamil lima bulan serta tujuh bulan.

Intan Sofienaz disatukan dengan pasangannya Mohd Firdaus Mazlan, 40, pada 11 Mac 2021, sementara adik kembarnya Muhammad Nabiel, 28, bernikah dengan Anis Shahira pada 22 Februari 2021 dan Muhammad Najieb bersama Ismawita pada 8 November 2021.

Bapa pengantin, Ahmad Fuad Yahya, 60, berkata, majlis persandingan itu diadakan selepas tertangguh sejak tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19.

"Ketika majlis pernikahan mereka tahun lalu, majlis kenduri tidak dapat dijalankan kerana tiada dewan untuk disewa. Saya merancang untuk mengadakannya pada Mac lalu, namun banyak dewan yang sudah penuh.

"Nasib baik juga majlis itu tangguh kerana ketiga-tiga pengantin dijangkiti Covid-19. Selepas mencari dewan yang sesuai di sini, akhirnya keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis persandingan serentak bagi ketiga-tiganya hari ini," katanya.

Ahmad Fuad berkata, pada mulanya mereka tidak merancang untuk mengadakan majlis persandingan serentak memandangkan semua anaknya juga bernikah pada tarikh yang berbeza, tahun lalu.

"Namun alang-alang sudah jadi begini, kami sepakat buat sekali sahaja (majlis).. lebih senang kerana jemputan pihak kami pun orang yang sama, cuma tetamu pihak besan daripada tiga keluarga berbeza," katanya.

Sementara itu, isteri Ahmad Fuad, Cik Rashidah Abd Ghani, 60, berkata, meskipun majlis persandingan tertangguh agak lama, namun keluarga tetap mahu menganjurkan keraian itu sebagai tanda kesyukuran.

"Intan anak sulung dan ketika ini sedang mengandung dua bulan. Nabiel dan Najieb pula pasangan kembar tidak seiras, mereka anak ketiga dan keempat.

"Isteri Nabiel hamil lima bulan manakala isteri Najieb sedang hamil tujuh bulan. Masing-masing sedang 'membawa' perut di atas pelamin," katanya yang menyifatkan majlis itu juga sebagai sambutan Aidilfitri dan peluang untuk berjumpa saudara mara dan kenalan selepas dua tahun tidak menyambut lebaran.

Disiarkan pada: Mei 15, 2022 @ 3:43pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/842133/tiga-pengantin-bersanding-bawa-perut



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gigih betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jugak buat kenurik
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin pulak nak  makan nasi kenduri. Tak sabar nak tunggu  minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik pelamin skali 6+3 la gitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Why not kan

Mesti meriah giler

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 11:14 AM | Show all posts
beria aku msuk sini. aku igt ada gambor bersanding 3 serentak ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya la hai
Baik simpan duit tu buat qeqah ank
Mcm adik aii kawin bulan12 2019
Sepatutnya kenduri belah Laki bulan3..tapi tu 1st mco..kenduri semua xboleh buat
Dapat fully refund..dia guna buat kenduri qeqah ank + kenduri kesyukuran ja. Xdak la gigih gak nak bersanding bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar takde ke? Tepek la sekali
Gigih betul buat majlis. Penat dapat, duit pun banyak keluar. Sukahati ler ya. Sekali seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 12:30 PM | Show all posts
Kalau anak aku................aku buat jugak.
Seronok terima menantu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Meraikan pengantin dan besan2...ada juga kenangan bersanding, pakai baju pengantin
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:05 PM | Show all posts
Tindakan wajar. Why not.

Yang sulung tu anak pompuan memang deserves a proper reception. Setakat 2 bulan pregnant acik gundu lebih memboyot pun ada.

2 org adik lelaki tu kira sambut menantu. Kalau duit yang diperkirakan not much extra cost pun. Sedara mara pun have plenty of reasons to come berbaloi2 datang dari jauh.

Tahniah Pak cik!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:13 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 16-5-2022 11:53 AM
Gigihnya la hai
Baik simpan duit tu buat qeqah ank
Mcm adik aii kawin bulan12 2019

Bagi sesetengah orang kenang2an majlis reception tu priceless.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-5-2022 01:13 PM
Bagi sesetengah orang kenang2an majlis reception tu priceless.

Bagi aii yg priceless time akad nikah tu
Yg majlis kawin bersanding bergaun tu dah ank berderet bercucu cicit boleh ja lagi nak berootd pakai baju kawin
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 09:31 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 16-5-2022 11:14 AM
beria aku msuk sini. aku igt ada gambor bersanding 3 serentak ni



INTAN Sofienaz (tiga dari kanan) dan adik kembarnya bersama pasangan masing-masing pada majlis persandingan mereka hari ini. FOTO Azrul Edham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 10:18 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan, semoga hubungan berkekalan sehingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 05:57 PM | Show all posts
Kehendak mak pak selalunya macam tak lengkap kalau bernikah tak buat majlis kawin macam kebiasaannya.  Lambat2 pun ada juga yang tetap gigih usaha tunaikannya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
See?? Sbb tu aku pesan, nk kahwin, xpayah ikut2 org acah minimalist. Ko spend je 10-15k utk majlis, pelamin lawa2, mekap n baju. Sbb gmbar itu lah yg akn dithrowback sepanjang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 16-5-2022 02:28 PM
Bagi aii yg priceless time akad nikah tu
Yg majlis kawin bersanding bergaun tu dah ank berderet b ...

X sama uols. Dah beranak pinak, muka pon dah tua. Sila la spend amount yg mampu utk majlis nikah n sanding. Baju sanding cari la yg cantik puas hati.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.072850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list