CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Kedah] Berjudi sementara tunggu pemborong hantar barang jualan

[Copy link]
Post time 15-5-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode

WANG tunai dan barangan yang dirampas polis di pasar awam di Jalan Tunku Abdul Rahman. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Polis menahan 10 kaki judi di sebuah pasar awam di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini awal pagi tadi.

Dalam Op Khas /Aidilfitri /Op Dadu jam 2.30 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menjalankan serbuan berdasarkan maklumat dan risikan.

Difahamkan suspek bermain judi belangkas pada waktu tengah malam atau awal pagi sementara menunggu pemborong menghantar bekalan untuk jualan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, semua kaki judi itu terdiri daripada kalangan peniaga pasar.

Beliau berkata, ketika serbuan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki sedang berkumpul mengelilingi meja batu disyaki bermain judi belangkas.

"Berikutan itu, pasukan D7 menahan 10 lelaki berusia 37 hingga 66 tahun.

"Semua individu terbabit ditahan dan polis merampas wang pertaruhan bernilai RM620 selain beberapa barang rampasan lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Suresh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Menurutnya, dalam serbuan berasingan jam 1 pagi, Khamis lalu, polis menahan16 individu termasuk lima wanita yang sedang bermain judi Pok Deng di belakang kedai mengecat kereta di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard.

Beliau berkata, mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut seksyen sama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antar-barang-jualan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.349233 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list