CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1001|Reply: 6

Raja Ilya Nak Bersalin Guna Kaedah Dalam Air

[Copy link]
Post time 9-5-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Dijangka bersalin pada Julai nanti, pelakon Raja Ilya memberitahu dia mahu mencuba kaedah bersalin secara normal dan dalam air (water birth).


Selain itu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, berkata, dia turut menyertai kelas latihan penyusan ibu sebagai persediaan menyambut kelahiran anak pertamanya.




Foto: IG




“Sememangnya teruja untuk menunggu kelahiran cahaya mata kami Julai nanti. Saya telah minta untuk melakukan proses bersalin secara normal dan kaedah dalam air.


“Bagaimanapun itu semua bergantung kepada tahap kesihatan dan nasihat doktor. Jika tidak ada masalah doktor akan izinkan.


“Apabila bergelar itu semestinya saya mahu berikan susu badan kepada bayi kami nanti. Tetapi ada rasa sedikit kurang yakin dan disebabkan itu saya ambil kelas penyusuan,” katanya kepada mStar.




  



Berkongsi tentang persiapan pula, kata Ilya semuanya berjalan lancar dan dia banyak membaca tentang cara-cara penjagaan bayi selain mendapat nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan.


Dalam masa sama, perasaan sebenar bakal menjadi ibu benar-benar dirasakan apabila usia kandungan kini sudah enam bulan dan bayi dalam kandungan mula aktif serta kerap menendang.




  



“Ketika awal mengandung dahulu bagaikan tidak percaya, tetapi sekarang ini bayi memang kerap menendang dan ia membuatkan saya benar-benar tahu inilah perasaan menjadi seorang ibu.


“Persiapan menyambut kelahiran semuanya berjalan lancar. Saya banyak membaca dan buat research sendiri. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama, jadi semuanya tidak tahu lagi.


“Syukur ada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi nasihat. Mereka beritahu apa yang perlu dan tidak dalam penjagaan baik,” jelasnya.




  



  



  



Ilya mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia bernama Trent Garret pada Disember 2018.


Selepas mendirikan rumah tangga Ilya berpindah ke sana dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia sebelum ini. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan.. tapi bab beranak ni unexpected lah.. kdg2 kita bukan main lagi merancang, ntah sempat ke ko nak masuk kolam air tu, time dia nak keluar kang.. keluar lah jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru jumpa dia semalam dekat open house rumah mak zahirah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gynae aku tersenyum sinis jerk bila dengor benda2 cenggini. Apa2 pun jangan anak kluar muka ori ko sudah, macam si Kenzie sorang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:27 PM | Show all posts
hh bila nak tunjuk laki berbaju melayu macam laki remilah begum
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:58 PM | Show all posts
mcm dr halina la kan.. tk silap aku masa bersalin bella tu dia guna water birth..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2022 02:03 PM | Show all posts
aku rasa mcm lama pulak remilah ni preggy tak menetas lagi anaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.592258 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list