CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 2

Wanita Degil Cop Parkir Terima Padah Akhirnya Dikecam Netizen

[Copy link]
Post time 9-5-2022 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok jalanbasah1




Isu cop parkir ini bukanlah perkara baru kerana sudah lama dibahaskan, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia di luar sana yang mementingkan diri sehingga sanggup berdiri di kawasan parkir semata-mata mahu 'cop' parkir.


Apabila ditegur, ada individu yang sanggup bertumbuk demi mendapatkan parkir.


Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan pengguna Tiktok dikenali sebagai jalanbasah1 menunjukkan seorang wanita sedang berdiri di sebuah petak parkir kosong.


Tindakan wanita itu telah menyebabkan ramai pemandu di premis tersebut 'panas hati', walaupun telah beberapa kali dihon, wanita itu tetap tidak berganjak walau seinci.





Wanita itu juga dilihat mengetuk bonet belakang sebuah kenderaan yang cuba untuk memarkir di petak itu sebagai tanda dia telah 'cop' parking tersebut.


Untuk info semua, tindakan wanita ini adalah salah dari sisi undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang. Jika disabitkan kesalahan, individu tersebut boleh mendapat hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan mengecam tindakan wanita itu. - CARI


Sumber: Tiktok jalanbasah1






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada akta tu..report je kah..nk gak tgk acik ni kena jail
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat malu je kak. Pernah kena kat ttdi, ada seorang perempuan tunggu parking depan kedai. Tapi sebab dia cakap elok-elok kita pun malas lah nak-nak juga. Dia nak park situ sebab depan kedai yang dia nak sambut birthday. Walaupun tak faham kenapa tak boleh parking jauh, kita blah je lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055483 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list