View: 1343|Reply: 2
|
Wanita Degil Cop Parkir Terima Padah Akhirnya Dikecam Netizen
[Copy link]
|
|
Isu cop parkir ini bukanlah perkara baru kerana sudah lama dibahaskan, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia di luar sana yang mementingkan diri sehingga sanggup berdiri di kawasan parkir semata-mata mahu 'cop' parkir.
Apabila ditegur, ada individu yang sanggup bertumbuk demi mendapatkan parkir.
Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan pengguna Tiktok dikenali sebagai jalanbasah1 menunjukkan seorang wanita sedang berdiri di sebuah petak parkir kosong.
Tindakan wanita itu telah menyebabkan ramai pemandu di premis tersebut 'panas hati', walaupun telah beberapa kali dihon, wanita itu tetap tidak berganjak walau seinci.
Wanita itu juga dilihat mengetuk bonet belakang sebuah kenderaan yang cuba untuk memarkir di petak itu sebagai tanda dia telah 'cop' parking tersebut.
Untuk info semua, tindakan wanita ini adalah salah dari sisi undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang. Jika disabitkan kesalahan, individu tersebut boleh mendapat hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan mengecam tindakan wanita itu. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada akta tu..report je kah..nk gak tgk acik ni kena jail |
|
|
|
|
|
|
|
Buat malu je kak. Pernah kena kat ttdi, ada seorang perempuan tunggu parking depan kedai. Tapi sebab dia cakap elok-elok kita pun malas lah nak-nak juga. Dia nak park situ sebab depan kedai yang dia nak sambut birthday. Walaupun tak faham kenapa tak boleh parking jauh, kita blah je lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|