CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Terengganu] Pasar Payang tumpuan akhir percutian

[Copy link]
Post time 8-5-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai menjadikan Pasar Besar Kedai Payang lokasi dikunjungi sebelum menghabiskan percutian. NSTP/NAZDY HARUN

KUALA TERENGGANU: Orang ramai terutama pengunjung luar mengambil kesempatan saat akhir berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) untuk membeli pelbagai barangan sebelum bertolak pulang ke kampung masing-masing.

Pengunjung, Rosnani Abdullah, 50, berkata dia mengunjungi PBKP hari ini berikutan keadaan di pasar itu kelmarin sangat sesak dan sukar untuk mendapatkan parkir.

Beliau berkata, selepas selesai membeli-belah, dia bertolak ke kampungnya di Kedah, selepas seminggu berhari raya di Kuala Terengganu.

Katanya, walaupun di saat akhir, dia sempat bertandang ke PBKP untuk membeli buah tangan dibawa pulang ke kampung.



"Pasar ini unik sebab pelbagai barangan boleh diperoleh di sini termasuk produk batik, keropok dan rempah-ratus buatan kampung yang sukar ditemui di tempat lain," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Ahmad Rosalan Majid, 40, berkata dia singgah ke PBKP bagi melengkapkan percutiannya sebelum bertolak pulang ke Johor.

"Tidak lengkap jika tidak singgah ke pasar ini membeli ole-ole untuk dibawa pulang ke Johor," katanya.

Sementara itu, peniaga, Wan Mokhtar Wan Mohamad, 69, berkata setiap kali cuti perayaan atau persekolahan, suasana pasar akan meriah dengan kehadiran pengunjung luar.

"Pelbagai barangan boleh diperoleh di pasar ini, membuatkan PBKP menjadi antara lokasi tarikan pelancongan di negeri ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... uan-akhir-percutian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.135818 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list