CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3560|Reply: 36

[Jenayah] Remaja 16 tahun pandu MPV bapa rempuh pemotong rumput

[Copy link]
Post time 8-5-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Remaja 16 tahun pandu MPV bapa rempuh pemotong rumput
Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Remaja bawah umur pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pemotong rumput hingga menyebabkan seorang maut di Jalan Pintasan Semeling di sini, semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada remaja lelaki berusia 16 tahun itu untuk melengkapkan siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

"Setakat ini, ujian air kencing dijalankan terhadap remaja berkenaan mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah," katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Zaidy berkata, hasil pemeriksaan mendapati remaja yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah itu menggunakan MPV berkenaan tanpa pengetahuan bapanya.

"Siasatan awal mendapati bapa remaja terbabit yang juga pemilik Perodua Alza itu tiada di rumah kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.

"Kita difahamkan yang kunci kenderaan ditinggalkan di rumah dan kesempatan itu diambil remaja berkenaan untuk memandu MPV terbabit tanpa pengetahuan bapanya," katanya.

Menurutnya, setakat ini siasatan mendapati remaja itu memandu laju sehingga membuatkan MPV berkenaan hilang kawalan serta terbabas dan merempuh dua pokok.

MPV berkenaan kemudian merempuh pula dua pekerja pemotong rumput yang ketika itu sedang berehat di bahu jalan.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, lelaki warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah di kepala manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah MPV ketika mereka sedang berehat di bahu jalan.

MPV yang dikatakan dipandu laju itu hilang kawalan serta terbabas dan merempuh dua pokok sebelum ia merempuh pula dua mangsa berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa yang meninggal dunia sedang duduk atas rumput manakala rakannya yang parah pula berada atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: Mei 8, 2022 @ 2:44pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ada dulu kes minah sskjp sauk pemotong rumput juga kt thailand pun xde lesen jg
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 8-5-2022 03:05 PM

Nyawa org tu.....
Mcmana blh lepas.....

Harap tak aman hidup kau hingga akhir hayat...
Mak kehilangan anak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
muda² dah jadi pembunuh.. semoga mereput la dalam penjara..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
siap la si anak tu, agaknya sampai ke tua la ayahnya ungkit. dah la mencuri (amik kete tnpa kebenaran), bwk kereta takde lesen, bwk laju, bunuh org. ko dah kenapa dekk, tak reti dok rumah time makpak takde
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aritu baru je ckp dgn hasben.
.yg keje potong rumput sapu2 kat jln bandaran ni suka buat keje sambil
membelakangkan kenderaan lalu lalang..harap dorang lebih berhati2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 8-5-2022 03:11 PM
muda² dah jadi pembunuh.. semoga mereput la dalam penjara..

dah dibebaskan dgn ikatjamin. kalau anak vvvvvip dah pegi obesi sembunyikan diri
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup laa di dalam penyesalan seumur hidup.. dhla bunuh warga negara asing.. silap2 pasai anak haram ni hubungan 2 hala negara terjejas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dah jadi pembunuh duhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 8-5-2022 03:30 PM
dah dibebaskan dgn ikatjamin. kalau anak vvvvvip dah pegi obesi sembunyikan diri

kalau bawah umur macam ni, boleh masuk penjara tak? or masuk henry gurney je? hopefully didapati bersalah dan dikenakan hukuman setimpal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 8-5-2022 04:06 PM
kalau bawah umur macam ni, boleh masuk penjara tak? or masuk henry gurney je? hopefully didapati b ...

Kna banned xleh amek lesen seumur hidup lh kot… N x boleh beli apa2 kenderaan padan muka gtuuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 8-5-2022 05:03 PM

bdk ni dh tolong kurangkan warga asing kt Msia pon..itu...pon..acik forum nk meroyan..bkn aritu marah sampai nk 'bg Mati' warga myanmar yg mai sini...dh mati ni...napa marahkan bdk tu pulok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu bapa benar anak bawah umur pandu kenderaan bakal berdepan tindakan tegas
Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my

Putrajaya: Ibu bapa yang anak lelaki mereka berusia 16 tahun membawa kenderaan pelbagai guna (MPV) dan melanggar pemotong rumput hingga maut di Sungai Petani, Kedah, kelmarin, bakal berdepan tindakan tegas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jika mengikutkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, tindakan boleh dikenakan kepada pemilik kenderaan yang membenarkan anak atau individu bawah umur memandu kenderaan milik mereka.

Beliau berkata, undang-undang yang sudah ditetapkan adalah untuk melindungi pengguna jalan raya.

"Kalau budak itu tak ada lesen dan tak ada insurans, macam mana dia boleh bawa kenderaan. Kalau tak ada lesen memang tidak ada perlindungan insuran. Kita jaga pengguna jalan raya lain.

"Undang-undang kita kata mesti memiliki Lesen Memandu Malaysia dan umur 17 tahun baru layak, ini langsung tak layak.

"Macam mana boleh bawa MPV langgar orang, siapa harus dipersalahkan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 11 pagi kelmarin, seorang pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 29, maut manakala rakan senegaranya, Jamal Husson Fozol Haque, 33, parah selepas dirempuh kenderaan jenis Perodua Alza ketika berehat di Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong, Sungai Petani.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain dilaporkan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang berehat selepas memesin rumput di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, sebuah MPV yang datang dari arah lampu isyarat Semeling hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh dua pokok.

"Kita percaya MPV terbabit dipandu laju dan selepas merempuh pokok, ia turut merempuh dua mangsa terbabit sehingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja lelaki yang juga pelajar sekolah menengah itu sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut dan polis akan memanggil ibu bapanya bagi mengetahui bagaimana dia dapat memandu kenderaan terbabit tanpa pengawasan penjaga.

Disiarkan pada: Mei 8, 2022 @ 4:06pm
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP lopa
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 8-5-2022 04:06 PM
kalau bawah umur macam ni, boleh masuk penjara tak? or masuk henry gurney je? hopefully didapati b ...

Kalau tak silap akak, masuk henry gurney dulu sis. Lepas tumbuh bulu pubik, sambung hukuman di penjara sis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 8-5-2022 05:55 PM
LoveSungmin replied at 8-5-2022 04:06 PM
kalau bawah umur macam ni, boleh masuk penjara tak? or masuk henry gurney je? hopefully didapati b ...


Langgar org mana masuk penjara pun.....tambah pulak bawah umor.....mak pak akn di nasihatkn jgn bg ank bawak mpv, bawak keta sedan pun tak pe....mpv besor sgt.....

Tu amoi langgar 8org budak besikal lajak.....satu msia gempar backup dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 05:54 PM | Show all posts
Bagus bahasa dia


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:55 PM | Show all posts
Entahla.....adaka parent kat Malaysia tau negara2 lain yg simpan kunci kereta dlm safebox?....umur 16 thn tu mmg dah mampu sgt bezakan baik buruk, mustahil dia taktau apa yg dia buat tu salah....bukan umur 6 thn.....susah jugak nak salahkan parent
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Parent kena bayar ratus ribu pd keluarga simati.kalau tidak terpaksa lah masuk penjara
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:44 PM | Show all posts
Setengah daripada ibu bapa memang tidak kisah anak anak mereka memandu ataupun menunggang motosikal di bawah umur tampa lesen memandu.

Saya ada tengok satu video polis buat operasi memang ada ibu bapa menyuruh anak mereka masih dibawah umur menunggang motosikal untuk mengambil anak dari sekolah. Sudahlah masih dibawah umur dan tiada lesen memandu..topi keledar pun tak gunakan sewaktu memandu motosikal.

Memang dah seperti itu cara didikan mereka turun temurun dari ibu bapa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.084472 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list