CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Kedah] Pemandu MPV langgar pemotong rumput tiada lesen memandu

[Copy link]
Post time 8-5-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Sungai Petani: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pekerja memotong rumput hingga seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, hari ini didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati MPV berkenaan dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun.

"Setakat ini, remaja terbabit sudah ditahan dan kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kejadian.

"Remaja terbabit yang memandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Difahamkan, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada remaja berkenaan memang diizinkan atau dia membawa MPV terbabit tanpa pengetahuan pemiliknya.

Dalam kejadian jam 11 pagi hari ini, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah di kepala manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah MPV ketika mereka sedang berehat di bahu jalan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiada-lesen-memandu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.289100 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list