CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Kedah] Tekad belajar sampai ke Turki

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Hafizan kini giat mengajar generasi muda mengenai kehalusan seni ragam hias ala Melayu. FOTO ihsan Muhammad Hafizan Abdul Halim

Alor Setar: Ragam hias adalah corak di sekeliling tulisan kaligrafi yang bertujuan menampilkan ekspresi perekanya kepada ayat al-Quran.

Malah, ia juga menunjukkan ketinggian dan penghargaan perekanya kepada ayat al-Quran itu sendiri.

Justeru, kerana mahu generasi muda mengenali Muhammad Hafizan Abdul Halim, 30, tekad mendalami seni halus supaya ia dikenali dan dicintai.

Bertitik tolak dari itu, Muhammad Hafizan tekad untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu mengenai seni ragam hias.

Katanya, seni warisan ini hampir tiada di Malaysia kerana ia bukan seni halus dominan yang diketengahkan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, di negara ini kurang usaha untuk melestarikan seni ragam hias menyebabkan ia semakin lapuk ditelan zaman.

"Saya tekad untuk mendalami seni ragam hias ala Melayu kerana mahu seni budaya ini terus relevan disebalik seni moden dan kontemporari yang jadi pilihan masyarakat.

"Saya sanggup berkelana ke sebuah akademi seni di Istanbul, Turki selama setahun untuk mendalami seni ini yang boleh diadaptasikan sentuhannya untuk disesuaikan dengan ciri keMelayuan," katanya.

Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila karyanya pernah mendapat perhatian Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah.

Menurutnya, karya itu pernah dipamerkan di satu pameran seni di Algeria beberapa tahun lalu.

"Dengan seni ragam hias ini juga membawa saya berkunjung ke British Library di London untuk melihat sendiri surat lama kerajaan Johor ketika zaman Temenggong Daeng Ibrahim kepada Maharaja Perancis Napoleon III.

"Saya kagum apabila dapat menyentuh dan meneliti kehalusan seni pada surat berkenaan dan ini peluang sekali seumur hidup," katanya.

Tambahnya, beliau kini giat mengajar mahasiswa seni mengenai seni ragam hias bagi memastikan generasi muda terus terdidik dengan kehalusan seni Melayu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jar-sampai-ke-turki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.260113 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list