CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2758|Reply: 29

[Tempatan] Rupanya lebih 200 billboard (papan iklan gergasi) haram. Ceroboh tanah tepi highway. PBT tampal notis 'Iklan Tanpa Lesen'. Ingatkan nak roboh

[Copy link]
Post time 6-5-2022 08:02 PM | Show all posts |Read mode
200 papan iklan gergasi haram tepi lebuh raya
Oleh Mohd Amin Jalil - Mei 6, 2022 @ 2:58pm



SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 200 billboard atau papan iklan gergasi, dikesan dipasang secara tidak berlesen atau tiada permit oleh pelbagai syarikat, di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sepanjang aliran dalam kawasan Negeri Sembilan.

Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya, berkata statistik itu dikesan hasil operasi dijalankan pihaknya, menerusi Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan (JUUP) dan Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran (JPKP) MBS.

Beliau berkata, dalam usaha memasang papan iklan terbabit, ada syarikat pengiklan mendirikan struktur papan iklan dengan menceroboh tanah berhampiran laluan lebuh raya.

"Struktur binaan iklan berkenaan didapati tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) malah tidak membayar cukai taksiran, selain tidak mendapatkan permit iklan.

"Kami (MBS) sudah mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan operasi menampal notis iklan tidak berlesen di papan tanda di tepi lebuh raya PLUS yang didapati tidak mempunyai permit," katanya kepada BH.

Mas Midyawan berkata, MBS sudah meminta syarikat yang bertanggungjawab memasang papan iklan itu tampil berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik sebagai langkah keselamatan.

"MBS lebih suka melakukan pemutihan terhadap papan iklan haram ini, berbanding tindakan penguatkuasaan serta-merta kerana membabitkan pelbagai kos, tenaga kerja dan sebagainya.

"Jadi, kami berharap pihak yang berkenaan lebih bertanggungjawab dan memberikan kerjasama supaya perkara ini tidak berlarutan yang akhirnya boleh memberikan kesulitan kepada kedua-dua pihak," katanya.

Mas Midyawan berkata, tindakan proaktif perlu diambil bagi membendung isu papan iklan yang tidak mempunyai lesen dengan kebanyakannya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan kerana ia berisiko mendatangkan bahaya termasuk kepada pengguna lebuh raya.

"Malah, ada syarikat pengiklan mendirikan papan iklan dengan menceroboh tanah berhampiran lebuh raya. Dalam hubungan ini, kami mendapat kerjasama daripada Pejabat Tanah dan Daerah Seremban," katanya.

Tinjauan mendapati, kegiatan pemasangan papan iklan secara tidak berlesen itu membabitkan pelbagai syarikat termasuk kosmetik, pendidikan dan produk pengguna.

Ketika ini, status tidak berlesen itu boleh disedari oleh pengguna kerana MBS menampal notis tertera perkataan tiada lesen pada papan iklan terbabit.

Mengulas kegiatan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri memandang serius perbuatan syarikat tertentu yang memasang papan iklan tanpa permit dan mengikut spesifikasi ditetapkan, kerana boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya.

Beliau berkata, MBS sudah dan sedang mengambil tindakan terhadap papan tanda berkenaan yang dikesan dipasang tanpa lesen.

Katanya, tindakan itu perlu diambil kerana bimbang papan tanda haram dan tidak mengikut spesifikasi boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya terutama jika struktur binaannya tidak kukuh.

"Saya dimaklumkan, MBS sudah menampal notis dan menghubungi pengiklan terbabit untuk tindakan lanjut. Malah, mana-mana papan iklan yang dikesan berada dalam keadaan tidak selamat terpaksa dirobohkan.

"Pemasangan papan iklan secara haram juga menyebabkan pihak berkuasa tempatan (PBT) kehilangan hasil yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap tahun.

"PBT akan mengalami kerugian hasil di bahagian pelesenan, cukai tafsiran dan permit apabila pengusaha membina papan iklan luar secara haram," katanya.

Susulan itu, Aminuddin meminta pemilik iklan dan mereka yang melantik pihak ketiga bagi tujuan berkenaan perlu bertanggungjawab dengan memastikan iklan didirikan itu sudah mendapat kelulusan PBT.

"Saya berharap mereka dapat berikan kerjasama kepada MBS bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Kita tidak boleh jangka sesuatu bencana berlaku terhadap papan iklan ini.

"Pihak yang berkenaan perlu bertanggungjawab dan pastikan semua peraturan serta spesifikasi ditetapkan dipatuhi sebelum papan iklan didirikan," katanya.

sumber: bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 08:06 PM | Show all posts
hehehehe dah  mahal sangat kot kos iklan , depa buat bigtree depa sendiri hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda seperti ini pun pihak berkuasa tak mampu nak kawal  tak mampu nak ambil tau. Macamana nak perintah jajahan, negeri ataupun negara?

Memang tak layak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetapi adakah ianya melanggar undang undang jika ianya dibuat di atas tanah persendirian?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen malaysia ni mmg suka program pemutihan yek...patutlah rakyat yg hitam berkerak gigih nk putihkn diri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 sepet komunis kalau tak menipu, membelit bukan depa lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2022 10:52 PM | Show all posts
Kang pbt enforce roboh korang jgk mememak

mcm pukimak

kerajaan zalim, tak bg chance org nak niaga bagai

bal bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg takde lesen tepi hiway plus tu kbnyakannya produk bumiputera..drpd kosmetik timbang kilo smpai la ke skim cepat kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 11:52 PM | Show all posts
99.99% anak didik si-foot ailiobashi punyerrr.. korang anto invoice je ke si-foot tu teruih

dia la punca
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 09:53 AM | Show all posts
denda je la owner iklan tu, pastu suruh drg roboh kan.. kalau pbt roboh, kena keluar duit plak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:00 AM | Show all posts
yg paling sedih ada billboard sedekah tahfiz
smpai kelmarin aku lalu balik Sban
msh ada lagi tampal tanpa lesen
yg lain byk yg dh tanggal nmpaknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:12 AM | Show all posts
That's why kat Singapura takda benda2 ni. Selain dari menyemak, non eco friendly, it can be distracting to motorists. Billboard advertising cuma kat mall jer. Tak leh suka2 pacak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:31 AM | Show all posts
Lepas tu billboard tu penuh muka owner produk besar-besar dekat iklan tu. Menyemak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:36 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2022 08:15 PM
Tetapi adakah ianya melanggar undang undang jika ianya dibuat di atas tanah persendirian?

semestinya laaaa.  benda mcm ni pun nak kena tanya...  struktur sebesar tu bahaya jika dibina tidak ikut spec.  tumbang atas pengguna . lagi pula kerajaan N9 ni lembap ke mmg jenis makan bawah meja?  
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:38 AM | Show all posts
byk kan billboard sebegini kalau angin kencang patah la, terbang la..and yet masih bersepah kt tepi jalan tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:40 AM | Show all posts
masa sikit2 baru start malas nak take action, bila dah banyak memamglah tak cukup tangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni tak tau nak cakap apa, cari jela hq address drpd nama product tu lepas tu bagi reminder kalu tak nak turun billboard tu saman la ikut costing harga roboh n labour payment. Takkan itu pun tak tau lembab sangat ke hapa buat kija pbt ni. Peduli apa org marah, sapa suruh tak follow law? Ke takut dgn owner timbang kati yang kengkonon jutawan ni. Buat kija la
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 03:36 PM | Show all posts
apa susah.... saman aja la.... lepas tu ambil kain penutup ker gitu tutup iklan tu...
charge kos beli kain penutup tu ke owner iklan... kan senang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman owner je la. Apa yg takut sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 05:01 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 9-5-2022 10:31 AM
Lepas tu billboard tu penuh muka owner produk besar-besar dekat iklan tu. Menyemak betul.

Haha teringat iklan chips ke kerepek tah ada gambar founder lelaki....tak faham betul
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.197910 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list