CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mati tertimbus dalam runtuhan rumah dihempap pokok

[Copy link]
Post time 3-5-2022 10:57 PM | Show all posts |Read mode


Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus.

SERIAN: Seorang lelaki ditemui mati tertimbus dalam runtuhan rumah yang dihempap pokok di Jalan Ilmu, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu lepas dan hanya dilaporkan sekitar jam 11.52 pagi tadi.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terus ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Kejadian melibatkan sebuah rumah kuarters lama yang usang serta kosong dan telah dihempap sebatang pokok ara sehingga meranapkan keseluruhan rumah jenis satu tingkat itu.

"Terdapat seorang mangsa dilaporkan tertimbus, bomba bersama polis turut dibantu kakitangan Cahya Mata Sarawak (CMS) berusaha mengeluarkan mangsa.

"Mangsa selepas berjaya dikeluarkan dari runtuhan tersebut kemudian diserahkan kepada polis," katanya menerusi satu kenyataan.

Mayat mangsa dikenali sebagai Rone Medin berusia 54 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata mangsa semasa kejadian dikatakan sedang melakukan pembersihan di sekitar kawasan rumah tersebut.

"Siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai buruh pembersihan di tempat tersebut," katanya.

Jelas beliau, laporan polis telah dibuat oleh isteri mangsa sekitar jam 5.15 petang Isnin selepas suami masih tidak pulang sejak keluar bekerja pada 30 April sekitar jam 7 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas itu namun ditangguhkan disebabkan cuaca gelap dan disambung semula hari ini.

"Operasi SAR yang turut disertai penduduk Kampung Taee telah menjumpai mangsa di bawah runtuhan tersebut sekitar jam 10 pagi," katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Daerah Serian untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


utusanborneo.com.my/2022/05/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.348844 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list