Anda kini boleh berciuman dalam alam metaverse(virtual reality 3D - alam maya yang dicipta komputer dalam 3 dimensi) Virtual reality headset yang terbaru boleh menghasilkan sensasi kepada bibir, gigi dan lidah anda sama seperti alam sebenar
Metaverse disebut-sebut sebagai tempat di mana orang akan dapat merealisasikan fantasi mereka – sama ada melawan musuh mereka di medan perang atau pergi temu janji dengan wanita idaman mereka.
Tetapi untuk pengalaman ini benar-benar mengasyikkan, sekarang ini ianya bukan sahaja tentang perkara yang anda boleh lihat dan dengar dalam metaverse, tetapi juga perkara yang anda boleh rasa.
Kini saintis di Pennsylvania telah mendedahkan teknologi baharu yang hebat yang memungkinkan untuk 'mencium' seseorang dalam metaverse dengan menghantar sensasi seperti dalam alam nyata ke bibir, gigi dan lidah anda.
Para saintis telah mengubah suai set kepala realiti maya (VR) dengan memasangkannya dengan teknologi haptik, yang mana ia mensimulasikan sentuhan dengan menggunakan daya, getaran dan gerakan.
Ia menggunakan susunan nipis transduser yang disatukan ke bahagian bawah alat VR(virtual reality headset) yang mengarahkan tenaga ultrasound pada bahagian-bahgian mulut yang berlainan.
Selain sensasi ciuman, teknologi ini boleh digunakan untuk minum dari pancutan air maya atau menghirup rokok.
'Yang penting, semua komponen disatukan dalam set vr, bermakna pengguna tidak perlu memakai aksesori tambahan atau meletakkan sebarang infrastruktur luaran di dalam bilik mereka.'
The Future Interfaces Group telah menerbitkan kertas penyelidikan yang memperincikan penciptaannya, serta video yang menunjukkan potensi aplikasi maklum balas haptik ke mulut dalam pelbagai senario maya.
Contohnya, apabila bermain permainan seram dalam metaverse, atau hanya dalam VR secara amnya, ia boleh digunakan untuk merangsang rasa sarang labah-labah yang menyentuh bibir atau merasakan genangan lendir mengalir ke dalam mulut.
Contoh lain termasuk mencuci gigi, menghisap rokok, merasakan hujan dan angin, dan minum dari cawan kopi atau air pancutan air.
Di sini, pengguna prototaip set vr 'minum' dari pancutan air maya, dan merasakan percikan air ke bibirnya
Sedutan dari sebatang rokok boleh dibuat dalam metaverse dengan mengarahkan nod tenaga yang berterusan pada bibir
Di sini, pengguna merasakan lendir daripada labah-labah gergasi yang jatuh ke mukanya dalam situasi maya seperti permainan
APA ITU MAKLUM BALAS HAPTIC?
Maklum balas haptik menggunakan getaran kepada pemain untuk memadankan suatu bentuk pengalaman maya, seperti permainan.
Maklum balas haptik adalah serupa dengan getaran daripada telefon mudah alih atau pengawal permainan, yang membolehkan pengguna merasakan sesuatu berfungsi.
Apabila diarahkan pada titik tambahan badan pengguna, selain daripada tangan, ia boleh menjadikan pengalaman maya lebih mengasyikkan.
Post time 30-4-2022 03:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
OT,
uols yang gamer, akak nak tanya, berbaloi tak beli VR set huntok gaming ini? Akak tingin nak terai Oculus Quest tew tapi sebab akak kedekut macam tak sanggup spend 2k ke atas untuk beli menda alah ni.
Post time 30-4-2022 04:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Macam movie kat netflix tu, masuk alam maya jadi fighter ‘Street Fighter’. Alih2 dedua lelaki tu jatuh cinta. Memula masuk memang lah fight, lelama jadi adegan lain.
Axie Infinity (AXS) - A blockchain-based game that allows players to collect, breed, and battle creatures called "Axies" in a decentralized environment.