View: 1434|Reply: 16
|
Lagu 'Satu Hari Di Hari Raya' Buat M.Nasir Kenang Momen Manis Dengan Bapa
[Copy link]
|
|
Hanya beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Aidilfitri, maestro muzik terkenal, Datuk M.Nasir meluahkan rasa rindu terhadap keluarganya yang ada di Singapura terutama selepas pemergian arwah bapanya, Mohamed Sam yang meninggal dunia pada Januari tahun lalu.
Memetik laporan Kosmo! Online, ketika ayahnya pergi menghadap Ilahi, dia tidak dapat pulang ke Singapura kerana pintu sempadan negara masih ditutup akibat pandemik Covid-19.
"Kali terakhir saya berpeluang jumpa dengan arwah bapa adalah dua tahun lalu. Tetapi, baru-baru ini saya ada pulang menziarahi anggota keluarga yang lain.
"Ibu saya pun sudah berusia 90-an dan semakin uzur. Terlalu banyak yang saya fikirkan sebab saya hanya ada adik-beradik di sini, keluarga lain semua di Singapura," katanya.
Tambahnya lagi, dia sangat menghargai sambutan Aidilfitri pada tahun ini kerana dapat mereka sekeluarga dapat pulang ke Singapura meraikan hari raya selepas dua tahun tak dapat berbuat sedemikian.
Sukar menyembunyikan emosinya, M.Nasir mendedahkan dia terlalu rindukan kenangan bersama arwah bapa dan suasana Aidilfitri ketika membesar di Kota Singa itu.
"Banyak kenangan bersama arwah bapa. Dia tak garang tetapi seorang yang serius dan tak banyak cakap. Dia juga sangat berdisiplin sebab kerja bomba. Apa yang paling saya ingat, arwah pernah sebat saya kerana nakal tapi saya tahu dia sayangkan saya.
"Arwah bapa rajin ke masjid dan selalu jadi imam pada bulan Ramadan. Saya pula selalu mengikuti dia ke masjid," kata M.Nasir mengimbas kenangan di Singapura.
Dalam perkembangan lain, M.Nasir bakal mengadakan konsert Satu Hari Di Hari Raya yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 27 Mei hadapan. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia ni tiket mahal pun ok ,orang tak kecoh, byk lagu dia cipta dan produce sejak zaman Alleycats lagi, lagu pun bermacam genre dari rock kapak, keroncong ,irama Malaysia semua ada |
|
|
|
|
|
|
|
Lgu 1 hari d hari raya lgu raya plg aku suka.. no. 1 |
|
|
|
|
|
|
|
ini pasal ena badul ke ni acik juli???
|
|
|
|
|
|
|
|
Jajuli replied at 29-4-2022 02:01 PM
Kalau dia ni tiket mahal pun ok ,orang tak kecoh, byk lagu dia cipta dan produce sejak zaman Alleyca ...
Ikutkan harga tket dia konsert ni mula dengan RM400+ yang paling murah... Konsert aina 100lebih ke 200 lebih ke berapa ... Rasanya dah standard skrg pnya hrga dah ni... Matilanak nk pergi konsert lepas ni makan modal |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk tak kena isi... tak sebut pun pasal lagu tu...main sebat je letak dh mcm majalah mangga pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu raya paling best.
Aritu tengok IG live dia buat concert, terbaik sifu |
|
|
|
|
|
|
|
September14 replied at 29-4-2022 10:46 PM
Lgu 1 hari d hari raya lgu raya plg aku suka.. no. 1
Iya ke sis? Acik sekngankucing kata lepas lagu2 raya zaman feudal tak ada lagi lagu raya yg sedap2 sampai la PB muncul ngan lagu nazam lebaran |
|
|
|
|
|
|
|
Umur M Nasir dah 60an ke.
Rambutnya masih hitam & nampak lebat. Org lelaki klau umur 50an, 60an rambut masih hitam terus nampak muda |
|
|
|
|
|
|
|
lagu wajib dengar time raya. lagu rancak ni iols kurang sikit. tiap kali raya harusla layan lagu syahdu |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu 1 hari di Hari Raya ni masa i kecik2 dengar biasa je.. until I sampai overseas sambung belajar, time tu baru je 2nd week kat sana tapi first time celebrate Raya berjauhan, sekali embassy pasang lagu ni, berderai-derai air mata sis |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 30-4-2022 01:27 AM
Ikutkan harga tket dia konsert ni mula dengan RM400+ yang paling murah... Konsert aina 100lebih ke ...
tapi konsert yg ni by table, harga byr sekali makanan, agak turn off juga lah sebab takkan nak terkinja2 dpn makanan kan tapi i mmg look forward nak pergi konsert sifu ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah alang ada benang sifu kan, i tgk gambar family dia takde marlia musa ye, yg ada anak2 dgn dia je, outing dgn anak cucu pun mm tak join |
|
|
|
|
|
|
|
Sebb tu lagu2 dia best ada jiwa, rupanya dibesarkan dalam keluarga yang alim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|