CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Kedah] Cubaan seludup 8 warga Myanmar gagal

[Copy link]
Post time 28-4-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode

PATI Myanmar yang ditahan polis. FOTO ihsan polis

Alor Setar: Seorang lelaki Myanmar yang dipercayai tekong darat ditahan polis ketika cuba membawa masuk lapan pendatang tanpa izin (Pati) malam tadi.

Kesemua Pati warga Myanmar berusia antara 20 hingga 36 tahun itu ditahan pada jam 12.15 tengah malam di tepi jalan berhampiran kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.

Tekong darat berusia 36 tahun itu dipercayai pernah bekerja sebagai penoreh getah di negara ini selama setahun sebelum pulang ke negara asalnya.

Bagaimanapun, tindakannya membawa Pati terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berjaya dikesan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang diketuai Inspektor Ashaari Yaakob.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kumpulan Pati berkenaan dipercayai berada di Thailand antara dua atau tiga hari sebelum cuba masuk ke negara ini.

"Bagaimanapun, pasukan khas D7 IPK Kedah berjaya mengesan kumpulan Pati ini dan menahan mereka untuk siasatan lanjut.

"Kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi Pati yang cuba masuk menyebabkan kita perketat kawalan dan rondaan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata, pihaknya percaya desakan hidup dan peluang pekerjaan mendorong Pati masuk ke negara ini secara tidak sah.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian bagi mengenal pasti dalang utama yang menguruskan mereka.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... warga-myanmar-gagal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.071470 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list