mStar
Video lagu raya kontroversi usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang berpendapat Aliff memang patut disiasat kerana menghasilkan lagu Raya yang sangat teruk.
Menerusi hantaran di Instagram, Harith dilihat memuatnaik tangkap layar mengenai Aliff Syukri yang dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) disebabkan terlalu banyak aduan mengenai video lagu raya itu.
Kredit foto: IG Harith & Chef Wan
Tambahnya lagi, Harith turut berpendapat bahawa Aliff Syukri tahu apa yang dilakukan dan apa yang berlaku hanyalah sekadar marketing semata-mata.
Personaliti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan turut meninggalkan komen di hantaran Harith dan mendedahkan bahawa Aliff Syukri pernah memberitahunya walaupun ramai yang mengutuk setiap tindakannya, usahawan kosmetik ini tetap memperoleh wang yang banyak.
Dipetik dari laporan Utusan, Aliff telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memberikan keterangan.
SKMM juga telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat perkara tersebut di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Murai |