Keluarga Yasin Sulaiman melancarkan sebuah tabung bagi mengutip sumbangan ramai yang bertujuan membiayai kos guaman penyanyi berkenaan.
Abangnya, Mohamed Zain berkata, pihak keluarga akan menutup tabung tersebut sekiranya sumbangan yang diterima sudah mencukupi.
Kredit foto: Warta Oriental
“Wang boleh disalurkan ke akaun saya iaitu Mohamed Zain Sulaiman dengan akaun nombor 1140 1360 0100 78 (RHB).
“Semua sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membiayai kos guaman Yasin Sulaiman.
“Apabila sumbangan yang diterima mencukupi pihak keluarga akan memaklumkan dan menutup tabung.
“Pihak berkeluarga berterima kasih di atas sokong dan bantuan yang diberikan dalam menghadapi ujian ini.
“Semoga sokongan dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran Allah,” ujar Zain.
Perkara tersebut dikongsi dan tular di laman sosial dengan tanda pagar ‘solidarity for Yasin Sulaiman’.
Yasin kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Mahkamah menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.
Sumber: mStar
|