CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 1

[Johor] 25,000 pelita terangi Felda Lok Heng Timur

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:18 AM | Show all posts |Read mode

FELDA Lok Heng Timur ‘bermandi’ cahaya dengan pemasangan 25,000 pelita tahun ini. FOTO Omar Ahmad



Kota Tinggi : Lebih 25,000 pelita menerangi Felda Lok Heng Timur di sini.


Pengurus Felda Lok Heng Timur, Mohd Aswat Othman, 38 berkata, inisiatif pemasangan pelita menerusi pertandingan Pelita Raya itu mendapat sambutan 469 rumah peneroka meliputi 23 blok di felda berkenaan.

Katanya, ini tahun kedua penganjuran pertandingan itu dengan mengetengahkan penggunaan pelita serta lampu kelip-kelip.

"Felda Kok Heng Timur ini ibarat 'bermandi' cahaya pada tahun ini, kalau masuk ke kawasan ini dapat rasa suasana kampung dengan kemeriahan pelita dan lampu-lampu sepanjang rumah penduduk.



"Penyusunan dan penggunaan pelita dan lampu ini bergantung kepada kreativiti masing-masing. Ada yang memasang pelita biasa, ada yang diperbuat dari buluh, tin dan botol terpakai.

"Hiasan juga bergantung kepada penduduk dalam menghias kawasan rumah masing-masing. Ada yang membuat hiasan pelita berbentuk pokok kelapa, kuda kepang, bulan, bintang dan pelbagai lagi. Penuh laman mereka dengan cahaya berwarna-warni," katanya.

Menurut Mohd Aswat, pertandingan ini bermula sejak 15 April hingga 25 April lalu, namun penduduk meneruskan pemasangan pelita sehingga kini.

Katanya, pemasangan pelita ini membabitkan tiga generasi Felda bermula dari peneroka, generasi kedua dan generasi ketiga.

"Objektif penganjuran pertandingan ini bagi mengukuhkan hubungan dikalangan komuniti, yang renggang kita rapatkan.

"Suasana ini secara jujurnya 'membakar jiwa' perantau di bandar untuk pulang berhari raya di kampung.

"Ia menjadi inspirasi kepada tanah rancangan atau kampung lain untuk sama-sama memeriahkan perayaan tahun ini setelah dua tahun sepi akibat pendemik Covid-19," katanya yang memaklumkan pemenang pertandingan pelita raya akan menerima wang tunai bernilai RM1,000 yang akan diumumkan, malam 1 Syawal nanti.


Disiarkan pada: April 27, 2022 @ 8:43am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 01:18 PM | Show all posts
bestnya ada komuniti kmpung yg mcm ni.. barulah meriah raya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.449256 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list