CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Kedah] Lelaki melecur di kaki, kedai terbakar

[Copy link]
Post time 26-4-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba dari BBP Alor Setar melakukan operasi pemadaman di tingkat bawah sebuah kedai di Taman Wira Mergong yang terbakar. FOTO IHSAN BOMBA

Alor Setar: Lelaki melecur pada kaki ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Taman Wira Mergong, di sini, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada 2.58 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat dan anggaran peratusan kemusnahan adalah 70 peratus di tingkat bawah sahaja.

"Api berjaya dipadam sepenuhnya tidak lama kemudian dan terdapat mangsa berusia 34 tahun melecur 20 peratus di kaki," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut.

Katanya, sebuah kereta Toyota Vios dan skuter Yamaha Ego S turut terbakar.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kaki-kedai-terbakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.097878 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list