View: 2054|Reply: 12
|
'Bukan Nak Jadi Alim, Tunggang Agama Tapi Memang Hati Dah Terbuka' - Boy Iman
[Copy link]
|
|
“Dulu, kini dan selamanya kaki propa!” demikian tergamaknya kata-kata dilemparkan warga netizen apabila Boy Iman muncul mendedahkan perubahan dirinya menyertai jemaah tabligh sekitar dua minggu lepas.
Asal niat perkongsiannya memang murni, iaitu untuk menceritakan pengalamannya semasa bersama jemaah.
Kredit foto: IG Boy
Apatah lagi, ia merupakan kali pertama Boy terbuka hati dan berpeluang untuk mendalami agama bersama teman-teman lain.
Namun, nampaknya, di sebalik perkongsian yang baik, Boy tetap menerima kecaman dengan ada antaranya menganggap dia mungkin sama seperti mana-mana individu lain yang dilabel sebagai penunggang agama.
Menghubungi Boy baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan dan luahannya berhubung isu itu.
"Jabatan netizen ini, memang tak akan pandang apa yang kita buat, walaupun baik. Mereka suka jatuh hukum. Kata saya berlakonlah, main wayanglah, tunggang agamalah. Buat apa saya nak berlakon? Baik saya duduk rumah, tidur lagi syok.
"Kena faham satu benda. Memang kita ini susah hendak puaskan hati orang. Kadangkala orang tak faham niat kita. Orang nampak saya ini macam tunggang agama. Kalau betullah, sudah lama saya buat, enam tahun lepas mungkin saya dah buat masa mula-mula dipelawa sertai jemaah itu.
"Ini bukan pasal tunggang agama. Ini pasal hati sudah sedia dan terbuka selain Allah SWT pilih. Kalau dijemput pun, kita tak ada hati, ia takkan terjadi. Malaslah nak cerita pasal netizen ini. Saya berkongsi pengalaman ini sebab mahu ajak orang ke arah kebaikan selain nak bersihkan nama," katanya kepada Utusan.
Dalam pada itu, Boy juga menegaskan bahawa dia bukan nak jadi alim, mahupun menunggang agama. Sebaliknya dia mahu memperbetulkan diri.
"Contoh, kalau tak pandai mengaji, tak akanlah sampai bila-bila kita tak nak belajar mengaji?" ujarnya.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
selagi caption menghurai panjang...dengan hashtag feeling-feeling... selagi tu lah kuasekkkkkk nak percaya... terpaling propa & scammer. Ingat keluar 3 hari tu dah boleh hilang dosa dia kelentong pakcik-makcik atok nenek dulu tu? tidak ye. Merana diorang semua simpanan habis... |
|
|
|
|
|
|
|
macamana la orang tak kecam sebab ko baru je join dah terhegeh2 bukak tabung… kalau betul nak perbetulkan diri dan dekat dengan Allah swt, ko tak terfikir lagi nak bukak tabung… ko settle diri ko dulu pastu bersedekah senyap2… |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo ko betul2 insofff, ko cari semua org2 tua yg ko buat aniaya dulu, mintak maap dan bayar balik duit dorg |
|
|
|
|
|
|
|
Org kecam kes buka tabung kan bukan sbb join tabliq dan nak baiki diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye, jadah lak org nk kene sumbang kt tabung ko? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian gila likes dia hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
saper percaya mmg bodoh level tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Org kecam sbb tbe2 bkk tabung mnta derma org ramai plk.
Klo pegi insaf apa smua tu org x ckp apa pn |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau pendosa tapi duit scam orang tu masih erat pegang. tasbih jubah semua beli guna duit scam orang. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan tiba2 nak buat pusat tahfiz la pusat pengajian la
pastu mohon derma... |
|
|
|
|
|
|
|
choyyyyy |
|
|
|
|
|
|
| |
|