CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 22/04/2022

[Copy link]
Post time 24-4-2022 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Sabah catat 417 pesakit COVID-19 sembuh

KOTA KINABALU: Sejumlah 417 pesakit COVID-19 telah sembuh pada 21 April 2022 menjadikan jumlah kumulatif 359,483 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun satu kes kematian disebabkan COVID-19 telah dilaporkan pada hari yang sama iaitu di Beluran.

"180 pesakit masih menerima rawatan, 178 menerima rawatan di hospital dan dua orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang merangkumi sembilan di Unit Rawatan Rapi serta satu di open ward. Tujuh orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 20 April 2022 adalah seramai 2,575,367 orang.

Katanya, jumlah itu meliputi 2,134,102 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 78.56 peratus jumlah penduduk dewasa.

"Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,439,667 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,091,525 orang adalah penduduk dewasa.

"Seramai 334,169 orang atau 78.41 peratus penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 318,120 atau 74.64 peratus orang setakat ini," katanya.

Menurutnya, bagi penduduk kanak-kanak pula, seramai 107,096 atau 26.03 peratus orang telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk kanak-kanak yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 30,022 atau 7.30 peratus orang.


utusanborneo.com.my/2022/04/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.495892 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list