CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 3

'Ubah' ramai pesakit obes jadi langsing

[Copy link]
Post time 23-4-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode
'Ubah' ramai pesakit obes jadi langsing


Pembedahan bariatrik bukan setakat untuk langsingkan badan, tetapi juga atasi masalah obesiti dan penyakit lain. - Foto hiasan

RAMAI yang mahu bertubuh langsing dan memiliki berat badan ideal supaya penampilan nampak lebih menarik, bergaya serta sihat.

Bagi individu yang kurus tiada masalah, namun bagaimana pula bertubuh gemuk, gempal atau obes, pasti ada mahu berusaha menurunkan berat badan.

Untuk menggapai impian itu ada yang melakukan diet ketat, bersenam atau lain-lain, tetapi masih susah untuk mendapat ukuran tubuh diingini. Malah, jika dibiarkan kemungkinan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti obesiti atau serangan jantung lebih tinggi.

Justeru, tidak kurang juga ada mencuba kaedah moden seperti prosedur yang kian popular, iaitu bariatik, iaitu membabitkan pembedahan pintasan usus.

Kini, pembedahan ini semakin popular meskipun harganya amat mahal, bagi mengatasi masalah obesiti sebagai usaha mengurangkan berat badan sekali gus kembali kehidupan lebih sihat.


Pintasan usus pembedahan bariatrik boleh beri peluang kedua pesakit untuk sembuhkan penyakit dideritai seperti obesiti. - Foto hiasan

Pada asasnya, selain pintasan usus pembedahan bariatrik mempunyai dua lagi kaedah iaitu sleeve gastrectomy dan gelung gastrik boleh laras (adjustable gastric band).

Prosedur bariatrik sembuhkan penyakit

Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher, figura yang cukup dikenali berikutan kepakarannya 'mengubah' ramai pesakit obesiti menerusi prosedur berkenaan termasuk selebriti seperti penyanyi, Datuk Aishah, Lufya dan Syanie hingga berjaya tampil bertubuh ideal.

Menurut doktor dari Iraq ini, prosedur bariatrik adalah terbaik dan selamat.

Ia juga memberi peluang kedua dengan memberikan nilai tambah terutama menyembuhkan banyak penyakit berikutan kejayaan menurunkan keseluruhan berat badan.

"Keadaan sungguh menyedihkan kerana pesakit berisiko diserang penyakit metabolik iaitu diabetik, tekanan darah tinggi dan masalah kardiovaskular dan serangan penyakit jantung," katanya ditemui baru-baru ini.

Beliau yang juga terbabit dalam sebuah projek kebajikan untuk menaja

secara percuma 12 pesakit obes yang kurang berkemampuan menjalani pembedahan bariatrik setiap bulan, mengakui prosedur ini sebagai alternatif bagi mendapatkan tubuh ideal.


Dr Mustafa Mohammed Taher.

Kesungguhan membantu individu itu adalah inspirasi daripada Allahyarham bapanya yang juga seorang doktor, yang ada klinik dan memberi rawatan percuma kepada pesakit, pada setiap Jumaat

Jalani kehidupan sempurna

Beliau berkata, faktor kewangan juga menyebabkan ramai tidak berpeluang menjalani kehidupan dengan sempurna berikutan berat badan berlebihan menyebabkan individu itu mengalami obesiti tahap serius hingga memudaratkan kesihatan tanpa rawatan sewajarnya.

"Keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana semua insan berhak menjalani rawatan untuk hidup sihat.

"Pesakit wajar diberi peluang kedua untuk hidup lebih sihat dan cergas bersama keluarga tersayang selepas menjalani pembedahan," katanya.

Bagi Dr Mustafa, beliau sering menanyakan terlebih dahulu kepada pesakit apa matlamat mereka untuk melakukan pembedahan bariatik.

"Sebelum bersetuju melakukan pembedahan, saya selalu tanya pesakit tujuan mereka mahu membuat pembedahan.

"Jika semata-mata untuk kurus dan cantik, saya akan suruh mereka balik dan tidak mahu lakukan pembedahan.

"Ramai orang menyangka bariatrik adalah jalan mudah untuk kurus tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu terutamanya sebagai jalan menyelesaikan masalah obesiti dan penyakit kronik yang datang bersamanya.

"Ini perkara yang saya selalu tekankan, pembedahan ini bukan untuk cantik semata-mata tetapi memperbaiki kehidupan seseorang agar lebih sihat," katanya.

Ketika ini pihaknya dalam proses banyak perkara termasuk beberapa dan peringkat saringan sedang dibuat. Banyak perkara perlu diteliti, termasuk mereka benar-benar mengalami masalah obesiti atau obesiti dengan penyakit metabolik dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan.

"Mereka ini tidak terus diaturkan tarikh pembedahan kerana perlu menjalani saringan kesihatan dan ujian, malah ada antaranya perlu berdiet, dapatkan pandangan doktor berkaitan penyakit mereka dan lain-lain," katanya.


Asni (kanan) dan Nor Nazlina kini hidup dengan lebih selesa dan baik selepas lakukan pembedahan bariatik.

Sembuh derita rheumatoid arthritis

Pendakwah bebas, Asni Abu Mansor yang menjalani pembedahan sleeve gastrectomy pada 24 Januari lalu, berkata kehidupan banyak berubah termasuk beliau kini sembuh daripada derita rheumatoid arthritis (RA), iaitu sakit pada sendi yang dialami sejak lama dulu.

"Bukan itu sahaja masalah tekanan darah tinggi yang dialami selepas melahirkan anak bongsu kira-kira 16 tahun lalu (pada usia 40 tahun) dan RA sejak 23 tahun lalu.

"Alhamdulillah kedua-duanya sembuh selepas menjalani prosedur selama 45 minit.

"Lagipun hukum melakukan bariatik ini harus kerana tujuannya memperbaiki kualiti hidup dan saya sangat bersyukur lebih sihat, cergas dan boleh melakukan apa saja aktiviti tanpa rasa tidak selesa," katanya yang sebelum ini mempunyai berat 80 kilogram (kg).

Bantu rawat angin pasang

Bagi Nor Nazlina Mat, 34 yang juga ibu kepada lima cahaya mata berusia antara tiga dan 16 tahun, melakukan bariatik berikutan mengalami inguinal hernia atau lebih dikenali sebagai angin pasang.

"Jadi di samping pembedahan untuk hernia, saya dinasihatkan melakukan sleeve gastrectomy dan kini semua masalah kesihatan saya sembuh.

"Dalam tempoh dua tahun ini banyak perubahan gaya hidup, makan lebih sihat kerana saya akan cepat kenyang, namun makan pula banyak kali.

"Alhamdulillah daripada berat 81 kg saya kini berat 58 kg lebih rendah daripada berat idea 62 kg. Menjelang puasa ini, saya biasa akan bangun lebih awal sekitar 3 pagi untuk makan perlahan-lahan dan berhenti makan pada hujung waktu sahur," katanya.

Info
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019

• 30.4 peratus orang dewasa Malaysia mempunyai berat badan berlebihan.

• 19.7 peratus adalah obesiti.

• Individu obesiti dengan Jisim Indeks Tubuh (BMI) lebih 25 kilogram (kg) mempunyai penyakit metabolik.

• Ia seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan hati berlemak sama ada disedari atau tidak.

• Pembedahan bariatrik memulihkan atau mencegah mereka yang obes daripada salah satu penyakit terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 01:46 PM | Show all posts
dgr stepler perut nie kalau lh terbukak...nayo
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 05:40 AM | Show all posts
betul ke rina buat op ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:14 PM | Show all posts
si dugong terdampar tu buat pembedahan ni jgk, btl ke? iols tanya ni, bukan bg pernyataan.... zulin ke apa nama dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.070338 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list