View: 4026|Reply: 21
|
Pemergian selebriti yang dicemburui
[Copy link]
|
|
ANTARA selebritin yang meninggal dunia pada bulan Ramadan.
Pemergian selebriti yang dicemburui
KEMATIAN. Sepotong perkataan yang cukup ditakuti dan digeruni ramai.
Kematian boleh terjadi tanpa mengira masa, di mana dan mengenal siapa sahaja.
Paling memilukan jika kematian tersebut berlaku pada bulan penuh berkat dan hanya datang sekali dalam setahun iaitu Ramadan.
Manakan tidak, pasti kegembiraan dan keriangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sudah tiada erti dan makna
nya lagi bagi keluarga si mati.
Gala minggu ini membawakan kisah beberapa selebriti terkenal dalam dan luar negara yang pada bulan mulia, Ramadan buat selama-lamanya.
JULIA PEREZ
Julia Perez
DUNIA hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan pelakon terkenal Julia Perez yang meninggal akibat kanser rahim tahap empat.
Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe menghembuskan nafas terakhir pada 10 Jun 2017 iaitu ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa pada pertengahan bulan Ramadan.
Allahyarham menghembuskan nafas pada usia 37 tahun setelah tiga tahun bertarung nyawa akibat kanser yang ditanggungnya.
Sepanjang hayat, Julia banyak mewarnai dunia lakonan dan seni suara serta sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi seperti membela anjing dan gaya hidup liberal.
Abu Bakar Omar
Siapa tidak kenal dengan pelakon veteran yang cukup berbakat dalam dunia lakonan sejak lebih 30 tahun ini.
Allahyarham Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Kedah, Alor Setar akibat masalah jantung pada April tahun lalu.
Lebih memilukan, Allahyarham meninggal pada hari keempat Ramadan. Kematian Abu Bakar, 72, disahkan anak sulungnya, Mohd. Zainuddin yang terdahulu menghantar bapanya ke hospital selepas waktu berbuka malam sebelumnya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/ISMAIL.jpg
Ismail Din
Pelakon veteran yang cukup terkenal dengan watak-watak komedi, Ismail Din mengejutkan dunia hiburan apabila meninggal dunia pada 22 Oktober 2005 iaitu 17 tahun lalu.
Pemergian Ismail yang ketika itu berusia 54 tahun merupakan kematian paling dicemburui semua yang bergelar umat Islam kerana dijemput Ilahi ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada bulan Ramadan.
Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan ibadah di depan Kaabah. Jenazah Ismail disemadikan di sana.
Ketika hayatnya, Ismail yang memulakan kerjaya lakonan pada 1964 banyak terlibat dengan pelbagai drama serta filem popular seperti Mami Jarum dan Anak Mami The Movie.
Irrfan Khan
BINTANG filem ternama Hollywood, Irrfan Khan yang popular menerusi filem New York, I Love You menghembuskan nafas terakhir pada 2020 ketika berusia 53 tahun.
Irrfan yang juga merupakan pemenang bagi kategori aktor terbaik Anugerah Kebangsaan India meninggal dunia disebabkan kanser usus.
Kematiannya pada bulan Ramadan yang memasuki hari ketujuh pada 26 April tahun tersebut cukup mengejutkan seluruh kaum keluarga dan industri hiburan India.
Ketika hayat, Irrfan pernah membintangi lebih 100 buah filem dan memenangi pelbagai anugerah hasil karya lakonan mantapnya.
Antara filem terkenal lakonannya ialah Life of Pi, Jurassic World, The Amazing Spiderman dan Slumdog Millionaire.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ti-yang-dicemburui/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnailaihirojiun buat yang telah pergi...Yang seingat i, kematian yg baik ni yang meninggal hari jumaat je ada dinyatakan dlm alquran/ada dalil... Kalau dlm bulan ramadhan ke still sama je macam hari biasa... Itu seingat i lah .. tp kalau salah sila tunjukkan |
|
|
|
|
|
|
|
i tak brp berkenan perkataan “dicemburui” tu. tapi digunakan meluas kat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 23-4-2022 06:21 AM
i tak brp berkenan perkataan “dicemburui” tu. tapi digunakan meluas kat malaysia
Setuju.
Takleh kata banyak nanti kena kecham. |
|
|
|
|
|
|
|
Hhhmmmm...i reserved my comments dulu lah. Sesungguhnya aku sedang berpuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Nape nk kene cemburu?
Kalau kematian syahid tu boleh la nk cakap dicemburui.
Not to belittle seniman/seniwati di atas, tapi, nape nk kene cemburu? |
|
|
|
|
|
|
|
Why kena cemburu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu cemburu.. Nabi Muhammad meninggal pun bkn bulan Ramadan n bkn hari jumaat.
Lek2 sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok amalan jugak bukan asal bulan Ramadhan or hari Jumaat jer |
|
|
|
|
|
|
|
Memorable death cuma siti sarah & ashraf sinclair sahaja
Banyak benda baik tersembunyi revealed after the deceased persons by third party
Yang lain2 tak ada yang menarik pun
Si abam tu spoil, anak beranak bergaduh lepas mati, terus jd tak memorable kematian beliau.
May be Yus Jambu kalau nak add to the list. Lepas mati ramai yang sedih & ramai bagitahu beliau baik |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 23-4-2022 05:19 PM
Tak perlu cemburu.. Nabi Muhammad meninggal pun bkn bulan Ramadan n bkn hari jumaat.
Lek2 sudah.
Kalau mati ramai sedih ramai buka cerita kita ini baik, itu mmg weols dreaming sangat.
Tapi kalau mati kena keji aib terbuka, mmg suwei la kan menunggu turn sehingga ke padang masyar |
|
|
|
|
|
|
|
amende do, abes siti sarah mana? - shuib bertanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak cakap pasal cemburu ni, dalam list tu Iols paling cemburu kat Ismail Din tu. Arwah meninggal kt makkah masa umrah. Bukan sebarang org yg dipilih meninggal dlm keadaan beribadah di Tanah Suci pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
addamnor replied at 24-4-2022 01:19 AM
Memorable death cuma siti sarah & ashraf sinclair sahaja
Banyak benda baik tersembunyi revealed afte ...
Yup setuju dgn 2 nama kat atas tu. Mungkin sebab masa hidup macam2 kena kecam diaorang berdua tu. Dua org lagi yg iols rasa kematian mereka mcm tugged to my heartstrings, arwah din beramboi dgn tok pah. Tak tau kenapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry aku x cemburu pon….mati tanam dah tu jek….kalo siti sarah ye tp laki dia lak yg spoil brat jd aku nk padan kan muke jek… |
|
|
|
|
|
|
|
j3m4h replied at 24-4-2022 05:38 PM
Sorry aku x cemburu pon….mati tanam dah tu jek….kalo siti sarah ye tp laki dia lak yg spoil brat j ...
tu la nyampah dgn ratapan hiba duda terpaling. tkde pulak dia buta macam kassim selamat |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju tang Din Beramboi, masa dia meninggal aku sebak gila walhal aku tak suka dia
dalam hati aku mesti ada something yang elok dia buat masa hayat dia
pastu ada cerita yang dia selalu sedekah kat masjid dekat rumah dia
the other one Hani Mohsein
|
|
|
|
|
|
|
| |
|