CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 767|Reply: 3

[Tempatan] Kuih balung ayam pemanis mulut unik

[Copy link]
Post time 21-4-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Kuih balung ayam pemanis mulut unik
NOOR AINON MOHAMED | | 21 April 2022





Shamsiah mengukus dan menunjukkan kuih balung ayam merupakan makanan tradisi masyarakat Banjar di daerah Kerian.

PARIT BUNTAR - Makanan tradisional sering menjadi pilihan untuk berbuka puasa dan kuih balung ayam tidak ketinggalan sebagai sajian pemanis mulut setiap kali Ramadan.
Kuih tradisi masyarakat Banjar yang popular di daerah Kerian ini diusahakan seorang ibu tunggal, Shamsiah Hashim, 60, di bazar Ramadan Kuala Kurau di sini.

Menurutnya, seakan-akan kuih koci, balung ayam adalah antara juadah yang paling laris dijual sepanjang 20 tahun mengusahakan kuih-muih.

“Tepung pulut dibancuh bersama dengan air pandan menjadi doh manakala intinya dimasak menggunakan parutan kelapa muda, gula merah dan gula putih serta garam untuk seimbangkan rasa.

“Doh dicanai dan diletakkan isi pada bahagian tengah sebelum dilipat seperti karipap. Balung ayam dibentuk dengan menggunakan pembalut buah,” katanya.

Shamsiah berkata, kuih unik ini dikukus selama 10 hingga15 minit menggunakan api sederhana dan sudah masak apabila bertukar warna menjadi hijau tua.

Kuih balung ayam antara juadah yang mendapat permintaan tinggi di bulan Ramadan.

“Setiap hari saya menyediakan 80 balung ayam bersama kuih lain seperti antah jawi, seri muka dan batil pisang untuk dijual di bazar,” katanya.

Ujarnya, balung ayam agak sukar diperoleh kerana tidak ramai yang membuatnya selain kuih berkenaan sering mendapat permintaan tinggi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -pemanis-mulut-unik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ini nama kuih ni. Pernah makan sekali ja tahun bila ntah ada yang jual di tempat aiol. Tapi sekali dalam setahun tu ja la mereka meniaga. Suka2 kot. Sedap persis koci tapi idok la spesel sangat kerana rasa sama ja macam kuih2 Melayu lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 21-4-2022 10:41 AM

Ni bukan ke kuih peria tu? Selalu ade kaler2 lain gak.
Inti nyior ngn gula merah, guna tepung pulut. Dia mcm kuih koci gak laa.

Jiran iols org banjar selalu buat kuih getas tu dulu masa kecik biasa la makan. Iols suka kuih tu.
Hat pemes guna air kelapa tu tak penah mkn lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:02 AM | Show all posts
Macam kuih chinese tu tapi dalam inti lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.144555 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list