View: 716|Reply: 9
|
Sumbat Dan Bakar Mercun Dalam Dubur Kucing, Di Manakah Akal Yang Diberi Tuhan?
[Copy link]
|
|
SUMBAWA: Polis Sumba memburu sejumlah lelaki selepas mereka didakwa membakar mercun yang dimasukkan ke dalam dubur seekor kucing dalam satu kejadian.
Kes itu terbongkar selepas video yang menunjukkan mereka membakar mercun pada dubur kucing itu menjadi tular dalam media sosial.
Jurucakap polis Sumbawa, Ivan Roland Cristofel berkata, polis memandang serius kes tersebut dan akan melakukan siasatan segera.
“Kami sudah memeriksa beberapa akaun Facebook dan dalam video tersebut, sejumlah lelaki di dapati sengaja memasukkan mercun ke dalam dubur kucing dan membakarnya.
“Video itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak dengan kebanyakannya menggesa supaya semua pelaku ditangkap kerana bertindak zalim terhadap haiwan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.
Sehubungan itu, Ivan memberitahu, polis sudah melakukan koordinasi untuk mengenal pasti video tersebut dan pelakunya.
Jelas beliau, polis juga sudah mengenal pasti alamat semua pelaku dan akan melakukan penahanan segera.
“Semua pelaku di dalam video itu bertutur dalam bahasa Sumbawa dan kami sudah mengenal pasti satu daerah yang dipercayai menjadi lokasi kejadian.
“Kami akan ambil tindakan segera,” tegasnya.
Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan seorang pemuda memasukkan dan membakar mercun di dalam dubur seekor kucing.
Ketika mercun itu meletup, dapat dilihat kucing terbabit mengalami kesakitan dan reaksi haiwan itu ditertawakan oleh kumpulan lelaki berkenaan.
Video itu pada mulanya dikongsi dalam Facebook sebelum tular dalam beberapa media sosial lain. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
mati tak kucing tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
tak mati tp mesti sakit luka, tempat beak kencing dia kan.. sian kucing tu yg tak berdosa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SecretLuv at 20-4-2022 01:44 PM
Simunggu: mati tak kucing tu??? Apa yang kelakar ye.. Tu penyeksaan haiwan ye |
|
|
|
|
|
|
|
Patut hukum sumbat mercun dalam dubur sorang2 pelaku tu. Lepas tu letupkan. Tengok dorang nak gelak tak |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pelaku diberi balasan yg setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dimercuni jua jubur kamu di sana kelak
amin |
|
|
|
|
|
|
|
lagi bagus mati dari terseksa...kasian
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon sumbat mercun dlm mulut org tu pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|