View: 6258|Reply: 5
|
Bayar Denda RM3,000…Kes Khalwat Ruhainies, Aliff Aziz Selesai?
[Copy link]
|
|
Kes khalwat antara penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dipercayai telah selesai selepas keduanya membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang.
Memetik Xtra, difahamkan denda tersebut diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutusan tanpa pengetahun pihak media.
Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua tarikh iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes mereka yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium 9 Mac 2024.
Bagaimanapun, pada 20 Februari lalu kedua selebriti itu termasuk peguam yang mewakili mereka tidak hadir ke perbicaraan sekaligus kes ditangguhkan.
Malah, hasil semakan di senarai nama luar kamar mahkamah juga mendapati tidak tertera nama Ruhainies mahupun Aliff.
Sebelum ini, pada 3 Julai lalu Aliff dan Ruhainies, 32, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan berkhalwat.
SUMBER: mStar Online, Rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
3 ribu je pun patutnya dr awal komer ngaku je la bersalah
Takyah nak spin sana sini ngabehkan duit bayo loyer segala.
Ramai je kan yg kena tangkap bayo denda pastu move on hidup cam biasa |
|
|
|
|
|
|
|
ini pendapat i, ada kalanya ada org mmg x nak mengaku bersalah sbb dia yakin x salah. tapi proses undang2 ini mengambil masa panjang dan memerlukan duit. I nak bagi contoh, ada satu kes melibatkan org awam dengan penguatkuasa. org awam nie bila di bawa ke mahkamah dia mengaku tidak bersalah. so mahkamah tetapkan tarikh baru untuk bicara. benda ini berulang2 sehingga org awam ini dah buang masa hadir mahkamah dan melibatkan kos2 lain. benda ini berlaku sbb penguatkausa masih kekal dengan keputusan mereka dan tidak pernah nak buat siasatan lanjutan. akhirnya org awam ini mengaku salah juga sbb dah x larat. apa yg berlaku, dah kena bayar saman kemudian didenda lagi oleh mahkamah sbb dikatakan buang masa kerana sebutan kes berulang kali akhirnya mengaku juga.
so, dlm kes ini I rasa klu mereka tak mengaku pun, kes akan berpanjangan dan buang masa. keputusan penguatkuasa tetap tak berubah melainkan mereka 'ada bukti' lain sebaliknya. baik ngaku salah dari buang kos dan sebagainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
takyah kawin la alip oi. main je lah. kau bukannya boleh bimbing isteri dan anak anak. main je tak yah kawin lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes last year lagi berapa hari nak masuk bulan puasa, keputusan kes tahun ni lagi sehari nak puasa. Lamanya kes, exbini dah hepi konten bersawang dgn yb, korang dua still menyepi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|