CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Pulau Pinang] Undang-undang lebih tegas elak sampah terus dibuang di Sungai Pinang

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode

CHEAH Chin Woon ketika turun membersihkan longkang saliran di Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.



GEORGETOWN: MCA menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas bagi menghalang orang ramai daripada terus membuang sampah ke dalam Sungai Pinang di sini.

Ketua Biro Gerakan Sosial MCA negeri, Cheah Chin Woon berkata, kerajaan negeri perlu mengenakan penalti yang lebih tinggi kepada mana-mana pihak yang didapati membuang sampah atau bahan kimia ke dalam Sungai Pinang yang telah tercemar sejak lebih 20 tahun lalu.

”Orang ramai masih membuang sampah ke dalam Sungai Pinang, masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama kerana penguatkuasaan yang lemah. Bagi mengatasi masalah ini, tindakan undang-undang seperti penalti yang lebih tinggi perlu dikenakan kepada mereka yang didapati membuang sampah ke dalam Sungai Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA, di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Chin Woon bertindak turun ke dalam longkang yang menyalurkan air perbandaran ke Sungai Pinang bagi membersihkan sampah sarap di situ.

Chin Woon bertindak sedemikian bagi menimbulkan kesedaran orang ramai agar tidak menjadikan Sungai Pinang sebagai tempat pembuangan sampah mereka.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakannya turun ke dalam longkang saliran berkenaan, Chin Woon berkata, apa yang dilakukan itu bukan bertujuan meraih populariti politik seperti dakwaan sesetengah pihak.

”Jika saya mahu melakukan ‘political stunt‘ saya akan lakukannya 14 tahun dahulu dan bukannya sekarang, saya turut alami alahan kulit selepas turun ke kawasan ini. Saya turun ke dalam longkang berhampiran Sungai Pinang baru-baru ini kerana mahu orang ramai sedar tindakan mereka membuang sampah ke dalam sungai adalah satu perkara yang amat merugikan” katanya.

Malah, Chin Woon turut mencabar mana-mana pihak untuk turut bersama-sama turun membersihkan Sungai Pinang sekiranya mereka masih mendakwa beliau mahu meraih perhatian politik dengan tindakannya itu.

”Saya akan turun bersihkan Sungai Pinang selepas ini pada 27 Mei atau pada waktu lapang serta setiap hujung minggu, jadi saya mahu mengajak mereka yang mendakwa saya lakukan ‘political stunt‘ untuk turun bersama. Sungai Pinang tidak sewajarnya menjadi terus kotor akibat perbuatan manusia, sudah sampai masanya kita bersihkan sungai ini bersama-sama,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... g-di-sungai-pinang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.198393 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list