View: 472|Reply: 16
|
[Tempatan]
Berita malam seram:Kanak-kanak cedera dipatuk ular bersembunyi di mangkuk tandas.Sila check sebelum berak
[Copy link]
|
|
AMPANG JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dipatuk seekor ular sawa ketika hendak membuang air di rumahnya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati, di sini, tengah hari semalam.
Kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat itu.
Ibunya, Adibah Aziz berkata anak lelakinya itu dipatuk ular berkenaan ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.
"Masa itu saya sedang memasak di dapur sebelum terdengar anak saya menjerit dan meluru keluar dari bilik dengan darah sedang menitik-nitik.
Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah," katanya kepada BH lewat malam tadi.
Adibah berkata, anaknya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.
"Hadi mengalami kecederaan pada celah kelengkang dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu. Alhamdulillah doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil.
"Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami," katanya.
Sementara itu, APM Daerah Gombak memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi pada jam 12.45 tengah hari sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Empat anggota mengangkap ular berkenaan sebelum membawanya kembali ke pejabat mereka. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 15-2-2025 12:40 AM
Kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di ...
Apa yg saya faham tengok news lain, rumah mangsa di tkt 4. |
|
|
|
|
|
|
|
Apartment ni dekat dgn zoo negara. Ada hutan kecik di tepi. Possible je ular ni masuk ikut aistem pembentungan. Sebab saiz dia masih kecik klu ikut standard ular ular sawalah.
Kejadian ni mengingatkan saya few months back ada python yg makan stray cats di kawasan shoplot kejiranan saya. Ular sawa tu duduk dalam lubang longkang laluan masuk air hujan dari tepi jalan. Sebelum dari tu; jalan sebelahnya pernah bomba datang tangkap ular sawa dalam longkang.
Agaknya longkang2 besar & sistem pembentungan ni banyak je koloni ular sawa. Cuma jadi gini baru kita tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat duduk apt selamat dari binatang liar, tidak rupanya. Seriau pulak. Aku dulu balik2 sekolah, bukak2 pintu toilet ha ada ular lidi, dia terkejut aku pun terkejut, tp dia terkejut dulu kot sbb aku nmpak dia lari balik g lubang toilet. Sebaik lidi lg, klu sawa anakanda xtau le apa jd. |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih ular menginap tingkat 4, biasa ular rumah landed, boleh jadi tangki air dan bumbung ada musang monyet iguana |
|
|
|
|
|
|
|
fatinandreanna replied at 15-2-2025 01:21 AM
Apartment ni dekat dgn zoo negara. Ada hutan kecik di tepi. Possible je ular ni masuk ikut aistem pe ...
Ngeri plak bila baca |
|
|
|
|
|
|
|
fatinandreanna replied at 15-2-2025 01:21 AM
Apartment ni dekat dgn zoo negara. Ada hutan kecik di tepi. Possible je ular ni masuk ikut aistem pe ...
Dolu2 acik iols sekuarga pun dok dekat2 zoo.. mmg dia habaq ulaq pun kekadang masuk umah, kena hati2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Musim panas dah ni mmg byk ular keiuar. Skerinyaa huhu. Agak2 tingkat 12 selamat tak? Iols dok area atas bukit berjiran dgn Ulu Klang ni |
|
|
|
|
|
|
|
alamak tingkat 4 pun ular bole masuk rumah....adui seramnyer... |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 15-2-2025 09:07 AM
kesiannya ko nak...
geli+seram wesss ular beso kot
mungkin kene flush dl before guna. xleh tutup penutup tandas tu.
adoi seramnya. rumah iols tepi sawah., memg pernah jumpa natang ni dan iols bharap tak jumpa lagiii |
|
|
|
|
|
|
|
Serius aa tgkt 4??!! Adoi seram plak umah aku ni. Dh la sebelah sungai je ni. Dulu mula² duduk..asal ujan lebat, anak boya melintas. Bru ni tedung selar melintas..bsr jugak. Semua stop bg dia jalan dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kaishi replied at 15-2-2025 09:29 AM
mungkin kene flush dl before guna. xleh tutup penutup tandas tu.
adoi seramnya. rumah iols tepi ...
umah kwn iols tu depan sawah. jpam bgtau taman dia selalu la ular dok masuk. setiap rumah lane dia tu pernah dpt aduan mai tangkap ular.
2 thn lepas pernah tedung nak masuk umah dia mujur time tu baru blk kerja. dia amik pic bomba tgh nak tgkap tedung tu berdiri separas kepala, mmg beso dan pnjg. kalau tepek di fb dia kata mau viral ni![](static/image/smiley/default/lol.gif)
takdan tgkap ular lari masuk bendang, pastu selang 2mggu org jmp sarang ular+baby tedung berlambak dlm bendang tu![](static/image/smiley/default/funk.gif)
hati2 uols, kwn i kata ular kalau dan masuk kdg2 dia mark jugak ada la nati muncul lg. lagi2 kalau dia bersalin kulit dlm umah kita. tatau la ye ke dak |
|
|
|
|
|
|
|
skeri yach ![](static/image/smiley/default/funk.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|