CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Perlis] Maritim Zon Kuala Perlis rampas 20 unit bubu naga

[Copy link]
Post time 17-4-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Maritim Zon Kuala Perlis merampas 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan Malaysia dalam rondaan Op Aman di sekitar perairan Kuala Perlis pada Sabtu. - Gambar hiasan

KANGAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Perlis merampas 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan Malaysia dalam rondaan Op Aman di sekitar perairan Kuala Perlis pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim, Mohd Hashim Mat Zain berkata, pihaknya mengesan kedudukan bubu naga berkenaan selepas mengenal pasti kain biru gelap yang terapung dan mencurigakan di permukaan air yang diikat pada pacang-pacang kayu bagi dijadikan sebagai penanda.

Beliau berkata, semua bubu naga berukuran kira-kira 10 meter yang dianggar bernilai hampir RM2,400 itu dikesan pada kedudukan kira-kira 0.29 batu nautika daripada barat pantai Kuala Perlis sekitar jam 1 petang.

"Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengikat bubu naga ini secara berangkai dan diletakkan beberapa ketulan batu sebagai pemberat," katanya menerusi satu satu kenyataan pada Ahad.

Tindakan boleh diambil bagi nelayan yang menggunakan kaedah ini untuk menangkap ikan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985, dengan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... s-20-unit-bubu-naga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.181721 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list