CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1773|Reply: 0

Polis Kedah terima dua Ketua Polis Daerah baharu

[Copy link]
Post time 17-4-2022 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-4-2022 01:55 PM

Polis Kedah terima dua Ketua Polis Daerah baharu

Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 17, 2022 @ 1:34pm  bhnews@bh.com.my




Zaidy (kanan) menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda daripada Anuar disaksikan Wan Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. - NSTP/Ihsan PDRM




ALOR SETAR: Polis Kedah menerima dua Ketua Polis Daerah baharu iaitu di Kulim dan Kuala Muda yang berkuat kuasa, hari ini.

Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu manakala Superintendan Mohd Redzuan Salleh pula memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kulim.

Zaidy sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Turus Penguatkuasaan Lesen/Perancangan Strategik (Sektor Korporat) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Lesen Senjata Api) dan Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman menggantikan Asisten Komisioner Adzli Abu Shah yang menggalas tugas itu sebelum ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Penyerahan tugas itu dilakukan antara Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman kepada Zaidy.

Sementara itu, Mohd Redzuan yang sebelum ini menjawat tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar menerima tugas itu daripada Superintendan Sazalee Adam.

Sazalee bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan memegang jawatan sebagai Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.



PDRM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.379291 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list