CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Sabah] Empat individu ditahan memandu dalam keadaan mabuk

[Copy link]
Post time 16-4-2022 07:53 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Suasana semasa Ops Mabuk dijalankan di Jalan Kota Kinabalu - Penampang berhadapan SMK Bahang Penampang di sini.

PENAMPANG: Tindakan empat individu memandu dalam keadaan mabuk membawa padah selepas ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops Mabuk di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata operasi yang dijalankan di Jalan Kota Kinabalu - Penampang berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang dijalankan sepasukan anggota serta pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Penampang.

“Operasi ini adalah kesinambungan Op Mabuk yang dijalankan bagi mencegah dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang dibawah pengaruh alkohol,” katanya.

Menurutnya hasil operasi berjaya menahan empat orang pengguna jalan raya yang didapati  memandu kenderaan dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan) 2020 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM30,000 serta penjara tidak melebihi dua tahun.

“Kesemua pesalah kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya sebanyak 33 keping saman pelbagai kesalahan juga dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang mengingkari undang-undang dan sebelas daripadanya adalah saman tidak mempunyai lesen memandu.


utusanborneo.com.my/2022/04/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.147460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list