View: 1083|Reply: 3
|
Segitiga Dan Mata Satu Dalam MV, Fieya Julia Dituduh Iluminati
[Copy link]
|
|
Hanya kerana babak memaparkan segitiga dan mata milik penyanyi Fieya Julia di tengah-tengah bentuk tersebut dalam muzik video Mahligaimu Dari Airmataku, gadis 23 tahun itu dituduh mengamalkan fahaman iluminati.
Berdasarkan laporan Mstar, Fieya terkejut apabila ada netizen yang memberikan komen sedemikian kerana dia sama sekali tidak menyedari perkara itu ketika menjayakan MV lagu berkenaan nyanyiannya bersama Luqman Faiz.
"Saya terkejut apabila terbaca komen itu. Saya tak sangka netizen terfikir sejauh itu. Jujur, saya tak perasan pun bentuk segitiga tersebut ketika menjalani penggambaran MV terbabit bersama Luqman.
"Hanya selepas orang komen dan saya tonton semula barulah saya perasan ada babak dengan bentuk segitiga dan kebetulan pula mata saya ada di tengah-tengah.
"Memang babak itu dirancang untuk shoot begitu tetapi tidak ada kena mengena pun dengan iluminati. Saya sendiri tidak pernah terfikir pun pasal perkara itu," katanya.
Fieya terlebih dahulu berkongsi foto tangkap layar komen netizen tersebut di IG Story yang menuduh dia menjual jiwa kepada syaitan.
Komen berkenaan ditulis di MV Mahligai Dari Airmataku nyanyian asal kumpulan Lestari yang dinyanyikan semula oleh Fieya dan Luqman yang kini sohor kini ditempat ketujuh di YouTube.
Walaupun ada sedikit perasaan tidak puas hati kerana individu tersebut melemparkan tuduhan sebegitu, Fieya menganggap orang itu terlebih kreatif sehingga terfikir ke arah itu.
"Tak marah pun tapi rasa lucu apabila ada yang kaitkan dengan iluminati. Tak semestinya segitiga itu lambang iluminati. Ia juga melambangkan semangat. Pelik, ada yang terfikir sampai ke situ. Kadang-kadang, netizen terlampau kreatif.
"Kalau betul saya sertai iluminati, mungkin saya dah kaya dan tak perlu kerja lagi. Buat apa nak kerja kalau dah kaya," katanya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
dia dh juai soul kot................... |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai nak manipulate bbnu pancing lagi dapat janji janji Manis bahagia hidup senang jadi slave illuminati
Lagi apa lagi, promote lah lagi
Kudos woke Malaysian!
Dah |
|
|
|
|
|
|
|
sometimes i rasa, tgk siapa producer dan pengarah mv tu rasanya lebih legit. kebanyakan artis2 ni diorg ibarat puppet aja, just nyanyi n lakonkan apa shj direction daripada org. they dont know anything except nk famous. |
|
|
|
|
|
|
| |
|